Search The Web With Google

Custom Search
   




Alfian on Facebook | Create Your Badge

Analisa Video - Transformers dan Christiano Ronaldo

Haaaa... hari ni saya nak bercerita pasal video. Video bukan sebarang video, video analysis ni... :)

Anyway, saya dok baca baca pasal Semantic Video Retrieval oleh Xiong et al (2006). Dia orang dok cerita macam mana basically orang construct index dan highlight dalam beberapa jenis video. Sebab apa dia cerita benda ni? ok... macam ni secara am nya.

Seperti mana anda semua sedia maklum... hard disk kita makin cepat membesar. Zaman2 dolu kala, 40Megabyte tu kira besar badak sumbu dah. Tapi kalau zaman sekarang, semut pon lagik besar dari 40Megabyte. Kita dah masuk era Gigabyte sekarang. Lepas ni, ntah2 tahun depan dah terabyte, dan karang petabyte pulak. Lepas tu apa byte pon saya tak periksa lagi (tak abis sekolah Byte lagi saya ni). Jadik, kita buleh simpan video (ataupun maklumat2 lain seperti imej, audio dan dokumen teks) dengan banyak nye. Kalau dah masuk petabyte... 800 movie yang di-download dari World Wide Web tu mmg ada kebarangkalian buleh simpan!!!


TAPI!!!!

Haaaaa.... bila dah simpan bebanyak tu... camne kita nak dapatkan balik. Ye la... kalau dah banyak sangat... camno? Ada orang argue buleh buat sistem folder. Buleh kategorikan kepada...contohnya:

1) Folder Cerita Seram
2) Folder Cerita Aksi
3) Folder Cerita Ikan (hehehe)
4) Folder Sukan

5) Folder Kartun
6) Folder Siri-siri dari USA

dan sebagainya...

So, ada la satu sistem pengkategorian.

Namun, dalam setiap folder tu pon, mungkin buleh ada sub-folder ye dok? Kata la dalam Folder Kartun... buleh ada Kartun Jepun? Kartun Melayu? Kartun Omputeh? Kartun German? Kartun Tak Serupa Kartun! Kartun 3-D? Dan macam2 kartun lain lagi.


Lepas tu lagi... kadang2, tak la semua bahagian kartun tu kita suka nengok! Haaaa... Kata la... kita ada kartun 3-D Transformers lawan Dinosaur. And then, kita teringat ada satu babak, di mana Transformers tu dimakan dek Dinosaur. Teringin pulak nak tengok babak tu tetiba...


Jadi sekarang, masalahnya ialah apa bila mau mencari babak berkenaan.

Kata la Transformers lawan Dinosaur tu pon ada 400 episod semuanya. Tapi kita tak ingat, episod manaa pulak si Transformer ni kena makan.

Cara paling biasa ialah... kita cari based on tajuk ye dok? Carik nama katun tu [Transformers lawan Dinosaur]. Lepas tu kita punya search-engine (ataupun enjen-pencarian) jumpak la folder Kartun 3-D, subfolder Transformers lawan Dinosaur. Langkah seterusnya ialah... mencari episod yang dikehendaki. Kata la episod tu kita tahu :) Dah hafal dah... episod 385 lah di mana Dinosaur makan Transformers... Kita pon bukak la episod 385 tu.

Langkah seterusnya? Ya betul... kita kena forward sampai la part dia kena makan. Memandangkan zaman dah berubah (kata la dah tahun 2095)... setiap episod memakan masa 12 jam! Hua hua hua! Jadik kena la browse timeline tu, carik dekat mana dalam 12 jam tu ada Transformers kena makan dek Dinasour. Lepas beberapa puluh minit... Alhamdulillaaah. JUMPAK! Kekekekeke. Kita pon layan la Transformers kena makan dek Dinosaur. Ada la 15 saat je babak tu. Kekekeke. Macam tak berbaloi carik lama lama :P

Bayangkan betapa renyah nye. Tu baru cerita pasal siri katun. At least leh ingat! Kata la kita nak cuba dapatkan babak di mana Christiano Ronaldo menjaringkan Gol!!!Haaaa... camno? Camno nak buek? Buleh ingat ko?

Jadi... kita kena lah ada index... atau summary-summary highlights. Hehehehe. Tapi, nak buat benda2 ni bukan senang! Sebab... kita nak kena cuba infer-kan... atau cuba abstrak-kan highlight dari video mentah tu sendiri. Maksudnya... dari apa yang kita NAMPAK kat video tu. Sebab apa... mana ada orang akan labelkan babak2 di mana Ronaldo jaringkan Gol! Penat ooo nak label video. Kalau tak caya tanya Mat Nabil.

Oleh yang demikian... index dan abstrak bagi highlight harus lah dihasilkan melalui analisis video... dari sudut semantik. Semantik ni boleh dikaitkan dengan ... apa ek? Pemikiran atau Kesimpulan tahap tinggi...high-level, di mana manusia biasa selalu buat. Contohnya...

Kata la kita nak dapatkan babak Ronaldo tadi. Kita tak nak video perlawanan tu... kita nak babak GOL tu je. So kita sebagey menosia akan bertanya kepada sistem dapatan maklumat tu macam ni....

"Wahey Komputer Cakerawala Andorra... Aku Alpyan, mahukan babak di mana Christiano Ronaldo telah menjaringkan Gol yang cantek itu. Cepat kasik kat aku babak itu saja. Kalau kau kasik selurh video, akan aku VIRUS-kan kau. Hua hua hua!"

Haaa... Inilah contoh query, atau soalan tahap tinggi (high-level) yang menosia akan tanya. Jadi... kenapa ada perkataan high-level ini? Ok. Ini kerna, sistem komputer mana laaa faham bahasa high-level ni secara direct. Honda punya robot tu pon, tak akan faham secara direct. Apa yang komputer akan buat, ialah menterjemahkan bahasa high-level ini ke dalam bahasa low-level yang dia faham.

Oleh yang demikian... pendek cerita... sistem dapatan maklumat akan cuba mencari dalam timbunan petabyte video tadi... video si Ronaldo jaringkan gol. Walaupun banyak video, tapi since komputer adalah 48.95-juta lebih laju dari menosia... dan komputer tak tau erti penat... jadi dia takkan malas mencari. TAPI! Dia kena lah translate, atau terjemah soalan high-level tadi, kepadal data low-level yang dia buleh faham... Haaa.. inilah namanya The Semantic Gap. Anyway... oleh yang demikian, komputer akan mencari berdasarkan INDEX yang telah dibuat. Ataupun based on HIGHLIGH SUMMARIES.

Kita cerita HIGHLIGHT je la kali ni.

Jadi, masa pembikinan sistem, para bijak pandai telah pun menjalankan proses... proses analisa video bola sepak tadi. Contoh analisa ialah...

  1. Face Recognition - Pengecaman muka. Kata la dia buleh cam muka Christiano Ronaldo. Ada sistem2 macam ni. Tuz Kuang, student FSKTM UPM dulu ada buat :)
  2. Pattern Recognition - Pengecaman corak-corak... dari sudut visual, audio dan mungkin juga teks. Contoh... Utk mengesan GOL... corak-corak yang berlaku ialah:
    1. Visual - Berlaku pandangan kamera sederhana jauh. TIBA TIBA!!! Kamera fokus dekat sorang player saja!!! Dan keadaan pergerakan player LAJU YAAMAT!!! (Tengah syok la tu, lari2 lepas jaringkan gol)
    2. Audio - TIBA TIBA... penyokong BERSORAK MAUT GABAN!!! Terdapat peningkatan dalam nada suara penyokong yang bersorak gumbira selepas jaringan dibuat.
    3. Teks - TIBA TIBA juga, muncul caption yang menunjukkan nama pemain. Dan skor-board berubah dari 0-0 menjadi 1-0.
  3. Percantuman Bahan Bukti - Dari proses face recogntion dan pattern recognition di atas... maka bukti2 visual, aural dan teks di gabungkan... dan membentuk satu jenis ukuran utk diproses oleh komputer.
  4. Kesimpulan dan Keputusan - Hasil dari bahan bukti, komputer akan membuat keputusan. Melalui kaedah Artifial Intelligence, Pemprosesan Statistikal, atau cara-cara lain. DAN!!! Akan mengsummarizekan dan indexkan babak tadi sebagai babak GOL OLEH CHRISTIANO RONALDO!!!!!!

Maka, oleh yang demikian... satu HIGHLIGHT SUMMARY iaiatu GOL oleh CHRISTIANO RONALDO telah dicipta. :)

Dan sekarang... selepas query oleh menosia tadi... sistem komputer akan dapat mencari dan mendapatkan apa yang dia ndok tadi...

Jadi, sepertimana yang tuan2 dan puan2 nampak... tak payah la menosia tadi pi cari kat video 'database' dia tu ha. Ye la... petabyte petabyte... camne nak carik. Silap2 sesat dalam timbunan data. Tenggelam dalam koleksi video sendiri...Hehehehe.

Bunyi best kan? Senang kalau ada index dan summaries ni. Cuma masalah nye... nak buat index dan summary tu yang payah! Walaupun ada sistem macam tu, mmg tak perfect lagi. Ye la, sebab komputer nak jadik macam menosia... Mana buleh! Hua hua hua!

Namun... ia adalah niat dan langkah murni. Jadi, inilah dia basically bidang research saya. Harap2 tuan2 dan puan2 faham la sikit2. Pasal saya sendiri pon tak la faham sangat details dia. HAHAHAHAHA!!!

Ok la. Sehingga di lain rancangan. Terima kasih kepada yang baca sampai abis. Assalaam aleykom WBT dan Selamat Sejahtera.

BTW, sapa2 ada cerita dinosaur makan transformers? Saya rasa, dari situlah timbulnya spesis DYNOBOTS!!!

ME GRIMLOCK WANT TO EAT METALL!!!


Taken from http://tbn0.google.com/images?q=tbn:dZg1H_oCbHXX8M:
http://www.lanceradvanced.com/Illustration/FanArt/Images/Grimlock.jpg

Tak Produktif

Hmmmmm...

Sudah agak lama saya tidak produktif dalam PhD saya. Kerna malas ataupun kerna apa?

Rasa rasanya malas. Tapi nak buat macam mana? Kena kikis rasa malas ye dok :D

Malas is the enemy! Malas is the villain! Malas is... dang... malas is me! So I am all that... kena buang malas, but cannot buang me :D For I f I throw myself away, that will only make malas win. Malas cannot win, for I must prevail over malas.

Malas is not Mala(y)s. Malas is not Melas (kesian, in javanese)

Malas is me. Oh malas. You are BAB! :D Bab is not refering to pig. It refers to a giant flabby entity loved by mat nabil. kekekeke.

Ok. I am pressuring myself. Insya-Allaah, I will not be malas anymore!!!

Ameen



Ini anak saya btw, Nadiah Farhanah. Dah 2.5 ++ tahun :) Ini fesyen rambut terbaru dia :D ok dok?

Mackarel a.k.a. Tenggiri Galore - and one Sesat Haruan Tasik...

USM ANGLERS MEMBERI LAPORAN DI FiShINg.Net.My



Assalaam aleykom WBT and A good day :)

A few days back, me and my posgrad UPM mates went on a fishing trip. With license from the ma'am of course :P Orang2 dah kahwin ni tak boleh main pergi macam tu aje... takleh abaikan tanggungjawab kepada anak dan bini. Tu yang musti apply for 'fishing license' tu. hehehehehe.

A million thanks to my love Nor Shazwan for being so sporting to you annoying husband ni. Lesen ni expired bila ek? :P

Anywayz... The name of the place is TUAS YAN. I don't know whether it's actually in Yan or not, because I slept most of the journey there. Azrul Hazri Jantan yang bawak kereta. :D But it was definitely in Kedah.

Actually, I was really2 anticipating this trip. Ya la... first time to go fishing for fish (or marine life for that matter) greater than 500 grams. And the target... Ikan Tenggiri... or Mackerel in orang putih :) Gambar dia... ok... like this...

Can't quite remember which website I took this from... tapi search je la mackerel or tenggiri, insya-Allaah jumpa.

Ikan tenggiri ni, gigi dia tajam, dan berenang dia laju ya'amat. Jadi kalau nak memancing dia, memang kena ada skill sikit la. Kalau tak, terlepas lah aqibatnya.

Since saya ni pemancing baru... first time la katakan... So memang lengkapkan diri dengan rod keras yang selamat utk beginner (XPUYU RM40++, jenis padat, ketinggian lebih kurang 6 kaki lebih sikit). Dari cara cerita rod pon mmg nampak beginner! HAHA!!! Ok... tali pulak... saya pakai yang 20lb je (sebab x expect pon dapat lebih dari tu). Mata kail? Haaa... custom punya... gambaq dia ni haa....


Ni Encik Azrul Hazri jantan punya set kail sebenarnya, tapi since saya lupa ambik gambar, maka saya kebas gambar dia je la :) Saya punya pon lebih kurang sama aje :D

Dipendekkan cerita, kami dah sampai la kat jeti Tuas Yan tu. Kami bersiap2 utk naik bot. Baju putih ni Khalil... sungguh rajin dia punggah barang.




Lepas dah naik bot... apa laga... bergambar lah kami satu krew :)

Sebenaqnya (fuih, tukaq sleng tuuu), semua ada 6 orang yang pi. Akhmal, Azrul, Khalil, Saya, Abang Mukhir, Bapak Akhmal, dan 2-orang bot (Tekong: Pak Cik Halim, dan Awak-Awak: Pak Chot). Gambaq yang sempat snap yang bawah ni ha... (Khalil amik gambaq, tu yg muka dia takdok...)


Berdiri dari kiri: Bapak Akhmal, Akhmal, Azrul Hazri Jantan
Duduk dari kiri: Abang Mukhir, Alfian Abdul Halin



Kalau nak tau, dua orang kat bawah ni baru first time pergi mancing kat laut yang agak dalam (walaupun belum kategori LAUT DALAAAM). So, utk dipendekkan cerita, mereka berdua telah menjadi NAGA AIR... NAGA AIR ni maksudnya jadi sea-sick la :) Tapi Khalil tak muntah. Pening2 je. Saya pulak... hehehe. Muntah 3-4 kali je. 3+4 = TUJUH kali :) Tapi takpe... adat beginner memancing.

Tengah get ready for action... dalam kepala dok pikir... "Mental je mabuk laut ni. Mental aje..."

Tapi takpe... walaupun mabuk dan dapat title Naga, kami tetap tekad. Saya cuba gak lawan, tak nak kasik mabok. Tapi kalau dah mabok tu, mabok jugak la. Pening kupala... perut tak sedap... manjang rasa loya (camni orang ngandung agaknye ye...).. Last2, kena baring. Saya baring punya baring... lantas tertidur.

Alhamdulillaaah. Lepas bangun tidoq... dah OK! Ada rasa sikit2 pening, tapi buleh control :) TQ Allaah my God. :D hehehehe.

Tutor UPM yang pergi merupakan saya, Azrul dan Khalil. Antara kami bertiga, Azrul kira paling otai dengan 1-trip terdahulu. Kira otai la tu dalam buku kitorang. Hehehe. Namun, Khalil lawan taukey pulak. Ada ke dia yang dapat dulu. Chaits... Khalil bersama tenggiri 2-3 kilo (tak sure pasai tak timbang on da spot)


Seronot la member. First tenggiri. Rod dan Machine Abu Garcia Khalil kira 'pecah dara' la... first Tenggiri!!! Hehehe.

Tapi takpa... Sang Azrul takkan tewas!!! Lantas!!! lepas buat comeback!!! Tenggiri 7 kilo sambar dia punya joran. Lawan punya lawan punya lawan... sampai literally sempot-sempot.... dapaat jugak naik.Tewas tenggiri sebesar balak kecik di tangan Azrul da Fisherman of the East!!!




Aiyoo... Ini dua orang sudah dapat. Tapi saya tak dapat dapat. Macam mana? Sewaktu mereka berdua dapat ikan, saya masih dalam keadaan mabuk. Nak sorak2 sekali pon susah. Bukan pasal jeles :P Tapi pasal tak boleh. Satu badan lemah. Tu yang terpaksa tidor.

NAMUN!

Selepas bangun tidur, dengan izin Allaah... Tu diaaaa!!! Dapat sekoq.... Tapi pakai Rod Azrul. Hehehehe. Dia pulak tidoq masa tu, sebab tengah kena effect ubat tahan mabok (mengantuk effect)...


Ikan purtama sayaaa... Ada la dalam 2 kilo kot :) Tapi Alhamdulillaaah. Saya pueh ati. Mana pernah dapat ikan 'sebesar' tu. Hehehehehe. Saya pun apa lagi... terus pancing2 lagi. Pancing dan pancing dan pancing... casting dan casting dan casting... tapi... marang kerapu kepunten marang skeper... tak dapat. Tapi takpa... adat memancing... macam chipsmore... kejap ada ... kejap takde. :D

Tapi... orang lain nasib ada lagi baik juga. Sifu kami... Brother Mukhir... fuih. Tak buleh kalah punya laaaa... Dia la yang bawak naik tenggiri paling besar! 9.8 kilogram!!! Tu salah satu la antara 6 ekor yang dia bawak naik (Dari 12 yang kitorang dapat hari tu). Berikut adalah gambar2 Brother Mukhir yang siapa2 pon akan envy. (Termasuk ikan lagi sekor yang agak besar kat gambar paling bawah)







Beso-beso betui dia dapat :) Kami sebagai padawan-padawan berasa bangga dapat sifu yang hebat! Hehehehe. Teknik dia is pakai umpan hidup... bermakna ikan kembong yang kami guna sebagai umpan, dibiarkan hidup di hujung kail. Lepaskan saja ke dalam laut, dan berharap tenggiri akan makan :) And MAKAN THEY DID!

Seperti yang saya kasik tau, kami dapat 12 tenggiri altogether. 13 ikan kalau termasuk Haruan Tasik :) Alhamdulillaaah, trip ni kira burjaya gak la. Walaupun ada group2 lain pada hari tu yang dapat 25-27 ekoq... tapi kami tetap berpuas hati :) Hampir sehari suntuk kat laut... 13 ekoq ikan is quite good. Kot2 kaau saya tak mabok, maybe buleh gambah koleksi. In all... result dia cenggini utk setiap pemancing:


Brother Mukhir - 6 ekoq tenggiri dan 1 ekor Haruan Tasik
Alfian - 2 ekor tenggiri
Azrul - 1 ekor tenggiri (tapi 7 kilo!!!) - DAN SEEKOR MARLIN TERLEPAS!!!
Khalil - 1 ekor tenggiri
Akhmal - 2 ekor tenggiri
Bapak Akhmal - 0 ekor tenggiri... tapi dapat banyak ikan kembung Appolo!!!


Ok la tu utk semua. Saya dapat 2 ekoq, mmg syukur sangat sangat. First timer maybe luck takdak sangat. Tapi insya-Allaah, trip2 lepas ni buleh tambah koleksi :D

Kami balik dengan hati gumbira. Sekali lagi, walaupun mabuk... mabuk yang berbaloi. Dan juga... mabuk yang halaal. Sebab bukan mabuk minum todi. Hua hua hua! Lawak bodo, tapi benar... :D

Anywayz, ini gambar2 setelah settle sesi memancing. Oh... lupa nak habaq. Dari jeti ke tempat memancing... dalam 45-60 minutes boat ride :) So on the way back... sempat la amik2 gambaq pasai ada dekat sejam masa :D


















Last sekali, Bro Mukhir pon bahagi-bahagi la ikan. Dan kira ok la... setiap sorang dapat banyak jugak. Siap jual lagi kat jiran Mukhir sorang. Buleh dapat sorang RM10 tu... Hehehehe. Kalau kitorang jual tenggiri ni, pulang modal dan buleh untung lagik. Sebab sewa bot baru RM400 :) Tenggiri sekarang... buleh cecah RM25 per kilogram ye dok? Tapi takpe la. Kepuasan memancing tu lagik berharga. Hehehehe... Tapi kalau jual... hmmmm... berdasarkan gambar scale bawah ni.... berapa agaknye :P



Saya bawak balik 7.1 kg malam tu. Azrul and Khalil pon lebih kurang sama. End up dia orang pon tak muat nak letak dalam fridge. Nasib baik freezer saya kosong. So dapat la letak kat situ. Serious... penuh satu freezer daging ikan aje.




Mau 10 bulan makan tak abis ni. Hehehehe. Tapi takde la kitorang makan sendiri. Kat jiran2 takleh lupa ye dok. Kena lah kita ada semangant kejiranan, dan sifat beri-memberi. Lepas dah kasik jiran pun still banyak. Tapi takpe la. Alhamdulillaah, sebab buleh buat stok protein fresh.

Daging tenggiri ni, kalau fresh, manis nye lebih. So, kalau sapa2 nak tenggiri fresh... mari lah join kami memancing. Kekekekek. (Racun... racun).... tapi tak boleh la pergi kerap kerap. Saya pon, tak nak jadik hardcore fisherman... tak nak jadik master angler... setakat sekali sekala tu takpe la. Sebab kalau pergi selalu ni karang, terabai pulak anak bini. Kang porak peranda rumah tangga. Walupun pulang ngan ikan lapan tong... masa yang tidak dihabiskan bersama anak bini, takkan dapat digantikan dengan daging ikan fresh. Hehehehehe....

Annwayz... trip kali ni, Alhamdulillaaah cantek :) Walaupun 2 orang mabok, still dapat >10 ekoq. Trip lepas ni bila lagi tatau. Tapi... kalau pergi... akan saya BLOG kan lagi... DAN INSYA-ALLAAAHHH!!! TIDAK AKAN KU MABOK LAGI!!! DAN TIDAK AKAN TENGGIRI HILANG DI DUNIAAAAA!!!!!!! HIAH! :D

Assalaam aleykom WBT

First entry in years! - Cili Story

Assalaam ‘Aleykom Warahmatullaahi Wabarakaatuh and a Good Day

Today insya-Allaah is a new day, for I have found interest in blogging, again. My first blog isn’t that much updated nowadays, and frankly speaking, I don’t even know what it’s all about when I visited it a few days back. :P

My second blog, which is supposed to be a kick-in-the-rear-end for me to get-up-and-go for fitness, was also abandoned. That one was more of a discipline problem rather than not knowing what to blog about :P

Anyway, I hope that this time, I will consistently blog (not everyday though). And hopefully also, my ramblings will be enjoyed by my fellow readers.

All ritey then… I shall begin with the story of our chilly tree. As in cabai-hidop… Quite a hot spicey plant/herb/fruit (which category is it anyway? Anybody?)

Rumah kitorang kat Nibong tebal ni, ada a small (puny actually) stretch of tanah-land. Around 1-meter X 6-meters. So my lovely wife, Puan Nor Shazwan decided to plant some… well, plants!


She tanams serai (lemon-grass), kunyit (tumeric), daun sup (cilantro), daun ku
cai (kucai leaf), daun pudina (mint leaf), daun kesom (kesom leaf), daun pegaga (pegaga leaf), limau purut (at the moment for its kafir leaves), daun ckari (curry leaf) and of course, chillies (the big ones).

Ni gambar mini-orchard kita orang.





The story of the chilly is the topic for this entry, because it is the only documented plant that we managed to process into a food-stuff. After waiting a few short weeks (or was it months?), the chilies looked like this:


But, it paled in comparison with chilly orang sebelah… Padahal benih dapat dari kitorang gaks. Uhu hu hu hu...:


Actually this was because they did not tuai or harvest (bak kata omputeh) the produce like we did. They just left it to become red. That’s why they’re so so beautiful… and of course, I am so so ‘green’. Kekekeke. Ok, acah je tu. I am not jealous. As a matter of fact, I marvel at the fact that a simple chilly plant can look so marvelous! Masha-Allaah.

Anywayz…Ok. Here are the produce from our chilli plants (we have more than 1 pokok a
ctually). Ada jugak yang red in color rupanya! :D


The size maybe like chili padi (something like Mexican chillies). But, believe me, it’s cabai hidup (big chillies). Maybe our soil is not that fertile. Walaupun Puan Shazwan dah letak baja this and that... I think might need som cow-dung… yes, I will try that. Lots of stray-cows here...

Anywayz…


Lepas dah harvest, I thought about what to make:

  • Cut them up and add with kuey-tiow goreng? Nope, too many. Would die of excess acid in stomach.
  • Put on Pizza? Inventory check… no pizza base material and no tomato based paste and also, no cheese. Besides, ada ke orang letak cili2 macam ni atas pizza  And also the fact of possible death due to excess acid.
  • Cili sumbat!  Alpyan doesn’t like. Ngeh ngeh ngeh. And the chilly acid thingy, again.
  • Make chilli kering! Aiyaa, boleh beli kat kedai. Take too long anyway. No chilly acid factor here, for dried chillies can be stored and put away.
  • Masak sop cili! --?Ada ke?
After countless hours of uneventful brainstorming, I decided to ask my wife. Dia buat simple je. She took the chillies, stirred up some sort of liquid concoction, asked me for a container… and VOILA!


CHILLI JERUK!!! (PICKLED CHILLIES!!!)

Ok. Now why didn’t I think of that. Maybe I am not a big fan of jeruk. But when she made this one, I ate it like apples. (For thou toilet shall call you often now!!!)

Now that’s why I’m married to this woman. Can solve any problem I give her. Hehehehe. And with the added bonus of enjoying the pickled chilies of course...

Anyway, we had it with many dishes. Kuey-tiow would be the best of course, but I wonder why until now, belum makan makan lagi dengan kuey-tiow. Puan Nor Shazwan is a great cook… and with the added chilies… jadik lagik sodap! Alhamdulillaah, get a so good wife one…

Annnnyywaaayzz…

Itu lah dia the story of chilly. As you might realize, my spelling of cili might be varying thru out this blog (I think). That’s because I don’t know the correct spelling. I will go to http://www.dictionary.com now.

PS:- Lepas ni nak post cerita pasal ikan :)


Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by