Search The Web With Google

Custom Search
   




Alfian on Facebook | Create Your Badge

A'che Spa


Assalaaam aleykom WBT dan Salam Sejahtera

Haaa... tengah2 tak tau apa nak blog ni, baik saya cerita pasal Spa. Saya dok promosikan spa ni utk kawan saya Puan Arin Samsudin Abu Madyan (bukan nama sebenar, tapi part Arin tu nama sebenar la)

Kitorang dulu kawan masa kat Oztralia. Si Arin ni tak reti2 nak balik Mesia, tapi last balik gak. Lagi satu, Arin ni kurus orangnya, tapi penumbuknya rasa2 kalah Mek Tyson dan Leri Holmes!

Anywayz...

Arin dan rakan rakan membuka bisnes Spa... Spa ni mostly utk wanita. Kalau wanita, buleh la dapat full body treatment kalau tak silap. Tapi kalau bukan wanita, rasa2nya tak full body la kot. Hehehehe... Anywayz... kalau rajin2 dan teringin nak dapat layanan Spa yang baik, boleh la lawat webpage A'CHE SPA.

Saya nak cerita panjang pon tak pandai. Jadi pergi la ke website dia orang kalau berminat ye :)

Okes... mari ber Spaaaa...

PS:- Kepada yang mengenali Blongos, ni spa bini dia gak ni :) Eh, betul ke information aku ni... Hmmmmmm....

Parit Haji Ali... or was it Abu...

Hari tu, saya pergi hantar anak ke RUMAH cikgu tadika dia. Since nursery cum tadika dia tutup, maka ustazah si Hana baik hati pulak, sampai sanggup jaga dia kat rumah :)

Ustazah Aishah nama diberi. Muda lagi, dalam lingkungan 20-an. Ke baru habis SPM. Ntoh le, tapi ustazah tu mmg nampak macam muda dan macam bebudak2 lagi... :) Anywayz, saja nak letak gambar2 yang saya snap masa dalam perjalanan.

Maybe kalian selalu dah tengok pemandangan2 ni, tapi rasa2nya jarang di-snap :) Oleh yg demikian, saya tulong la snap kan supaya anda2 semua dapat la nengok perjalanan nak ke rumah Ustazah Aishah :)

Kampung ni, kalau tak silap Parit Haji Ali kot. Ke Haji Abu (terForget). Dekat Simpang Lima, yang saya rasa is still Perak... tapi kalau dah masuk ke Kedah pun saya tak persasan, sebab tempat saya ni kat penjuru 2 negeri! Kedah, Perak dan Penang.

Tapi yang konfirm, nama kampung memang antara dua Haji tu la :D Tera gak haji2 zaman2 dulu ni ek, siap leh takluk parit. Macam kat kampung bini saya gak, tapi kat sana, Raja yang takluk parit :D Parit Raja Darat....

Annywayzzz....


Orait, mari sambung pHd...

Last sekali, sampai lah d rumah Cikgu Aishah. Nombor 44 Kg Parit Haji Ali/Abu :D

Selesai HALF-YEARLY report - A good initiative

Assalaam aleykom WBT and Salaaam Sejahtera

Hari ni, saya selesai berjumpa supervisor saya utk berbincang tentang 1/2 yearly report dan progress. Seperti yang saya jangkakan, mmg saya ni agak slow sikit. Maybe sebab baru nak belajar buat research secara betul. Jadi slow la jugak. Tapi tak apa... ada Tuhan dan gak SV saya yang bijak laksana. Hehehehe. Jadi senantiasa ada guidance insya-Allaah.

School of Computer Science kat USM ni, saya tengok dia macam lain sket dari uni2 lain (tak sebut nama, jadi jgn sapa2 terperasan ye :P). Dia buat 1/2 yearly dan jugak annual progress report. Semua postgrad wajib isi. Kalau tak isi, kena la padahnya... Mula2 merungut gak ramai student... redundant information kat form la, takut terisi sensitif isu la (cth: tak sefahaman ngan SV...), takde masa la... dan lain2 lagi alasan2 teknikal yang munasabah konon2nya :) (Saya tak tergolong dalam golongan perungut ye. hehehehe)

Tapi last2, bila dah buat, benefit dia macam bagus la pulak! Baru la nampak malas tak malas, progress tak progress, dan ayam tak ayam (dan juga itik tak itik). Jadi, kita sendiri pon sedar di mana kita :) Sama ada buat kerja atau tak, ataupun dah tinggal berapa lama lagi sebelum habis masa. Masha-Allaah!!! This is a very good initiative!!! CAIYO USM!!!

Anyway, lepas dah diskus2 ngan SV dan jugak committe panel member (Dr Azman namanya), saya kena buat write-up, dan jugak... atas inisiatif sendiri, saya mau cuba implement salah satu conference paper yang saya jumpak ni. Bukan apa, nak guna cara dia utk merealisasikan cara saya. Kalau burjaya, bulan depan dah buleh siap PHD ni. HUA HUA HUA! Ok... Acah sahaja itu. Tapi tu la, kalau dapat implement paper mamat sorang ni, mmg insya-Allaah, akan mengurangkan beban research saya. Pasal apa, cara dia ni macam agak berkesan. Pandaaai mamat ni. Patut la dah jadik Prof kat Uni. Ntah Mano (tak ingat nama uni sebenar)

Hmmmm... susah nye PhD ni bukan apa... Dah memang tak pernah buat research. Master coursework... PhD research. Transition dia agak besar. Tapi takpe, berkat kesabaran dan doa siang malam pagi petang subuh isyak... insya-Allaah buleh berjaya.

Okes. Tamau tulis panjang. Kang penat korang baca (tq for reading by the way :D)
Ni nak tampal gambar research roadmap. Haaaaa... kalau betul la berjaya ikut roadmap ni, insya-Allaah, UPM tak la pecat saya :D

Hidup MAT NABIL TAJUDIN!!!!


To Jemaah or NOT To Jemaah - Susah nye nak buat decicion?... NOT!

Assalaam 'aleykom WBT dan Salam Sejahtera

Post kali ni, berbentuk alim2 sket :D Jangan mare ye. Saya pon bukan la orang alim, tapi nak gak kongsi pendapat tentang hal2 agama. Kot2 leh jadik pengajaran ye dok? Kepada saya sendiri yang paling utama.



BTW, saya tak tau la sama ada pendapat saya ni berasas ke dok. Tapi rasa2 macam logik. Walau bagaimana pong, jikalau ada tersalah, harap2 yang lebih ber'ilmu dapat la membetulkan apa2 kesilapan saya dalam pemahaman agama :)

Kisahnya ialah berimam di mesjid :) Kan ke kita, bila TERdatang (hehehe... ada TER tu :P) lambat ke mesjid, jemaah utama dah pong abissss. Jadik, maka tinggal lah menosia2 macam kita jugak, yang baru nak semayang. Yang menimbulkan tanda tanya kupada diri saya ialah... mengapa... orang tak suka sangaaat semayang berjemaah? Prefer semayang seorang diri...



Solat Zuhr Solo2

Solo Act Lagi depan belakang


Saya bukan nak eksyen cerita saya pernah ke seberang laut ke apa... tapi masa saya kat Monash dulu, geng2 Islam (yg bukan dari Malaysia n Indo) mmg akan GERENTI 'ketuk' bahu orang lain yg tengah semayang supaya masuk dalam keadaan berjemaah. Ye la kan... at least, pahala dia lebih sikit. Berapa lebih? Toksah kira la... sebab semua Allaah da Boss jugak yang kasik. Kalau tak silap... 27 kali lebih ke berapa ntah...

Anyway, selalu saya nampak cenggitu la. Beberapa argument yang pernah saya dengar ialah:


  1. Takut orang tu semayang sunat ke apa ke... so to be safe, baik takyah ketuk :)

  2. Bukan semua orang buleh jadik imaaam. Jadi baik aku semayang kat ceruk2 yang orang tak buleh nak ketuk bahu aku. (kueng kueng kuengggg :P)

  3. Aramak, aku nak semayang cepat... tak sempat nak berimam2 ni.

Dan lain2 lagi. TAPI! Most of the time... tak ada alasan pon. ye dok? :)

My point here is that... Apaaa la salahnya berimam ye dok :)


Maybe takut orang tu semayang lain kot? Contoh... solat Jamak Qasr? Walhal kita pada time tu nak solat Zuhur berjemaah? Hmmmmm.... Based on satu pendapat tu... dia macam ni.

Contoh:

Amhad Termimi Serigar ketuk bahu Salman Khan Kadheer, utk berjemaah solat Zuhur. Masa tu Salman Khan Khadeer tengah semayang solat ASAR sebenarnya! Dia dok tengah buat bahagian kedua solat Jamak (Taqdim) Qasr Zuhur-Asar.

Since Salman Khan Kadheer tak tahu camne nak kasik tau kat Ahmad Tarmimi Serigar yg dia tengah semayang combine + truncate, maka dia pon terusss je la solat. Ahmad Tarmimi Serigar pon syok la, pasal dapat semayang berjemaah (something to be happy about indeed).

Belakang, lepas 2 rekaat, Salman Khan Khadeer tarus kasik salaam... Ahmad Tarmimi Serigar pun blank dan terkjut selama dua point tujuh saat. Tapi, since dia pernah tanya orang pasal benda ni, maka dia pon meneruskan saja solat dia... meaning, dia meneruskan rekaat ke3 dan ke4 macam biasa :) Maybe kira keluar dari jemaah la kot... yang tu saya tak sure la. Tapi... saya rasa la... yang penting is that Ahmad Tarmimi Serigar dah buat effort utk berjemaah. I believe this is indeed worth something in God's book :)


Anywayz, ini hanya observasi saya di kebanyakan mesjid... dan mmg kebanyakan orang Islam (Melayu la tu :P) kita, mmg kalau buleh, tak nak buat pahle lebih dan berjemaah. Kalau Bangla, Arab dan Pakistan dan jugek American... dia orang buat... Di ketuknya bahu kita. Kita pon lagi syok la ye dok. :D

Saya rasa la, kita kena try2 gak buat pahle lebih ye dok :) Nak kurangkan masa kat Nuraka la katakaan. Hehehehehe. Tapi rasa2 mmg justifiable la jugak. Cuba pungut sebanyak mana 'mata ganjaran' yang buleh. Buat dengan ikhlas, dan insya-Allaaah, Tuhan akan recognize, dan buleh jadikan jembatan emas ke alam lagik satu (bukan Alam dan Manusia darjah 4...)

Hehehe. Okes. Itu je la kot. Harap2 kalau saya ada tersilap fakta, buleh betulkan dalam komen.


Utk mengkahiri post yang agak 'alim' ini, saya kasik gambar yg saya snap masa semayang jemaat. Hahahahaha! Khatib dok khutbah, aku dok snap gambo curi2. Tapi takpe... Harap2 tak la hilang pahle Jemaat. At least saya tak berkata kata :D

Okess.. Adios muchachos dan Assalaam 'aleykom WBT.









Takde Kerja Lain Dah Ke? - Ada, tapi dah kena bond, takleh nak lari dah :|



Topik post pada kali ini sebenarnya tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Hanya topik buta semata-mata. Namun!

Tadi saya jumpa supervisor saya, Assoc. Prof. Dr. Mandava Rajeswari. Cerita pasal plan PhD. Based on apa yang dia kata, macam ok je hala tuju saya ni. Harap2 begitu lah :) Harap2 tiada apa yang dia simpan dari saya... sebab kalau ada, kang susah pulak. Tapi memang tak ada apa2 yang beliau simpan, semua sudah diberitahu, dan insya-Allaah boleh teruskan dengan plan saya utk mengkaji permainan bola sepak Barclay's Premiere League. Hohoho!!! (Ini bukan gelak Santa Claus ya...)

Anyway, berbalik kepada topik post. "Takde Kerja Lain Dah Ke? - Ada, tapi dah kena bond, takleh nak lari dah :|". Mungkin boleh saya kaitan dengan hobi baru saya. Actually side-hobi je. Pasal tak la saya minat gila babeng. Cuma kalau dah takde benda nak buat, saya pun buat la benda ni. Dan ianya tak lain dan tak bukan... MEMANCING!

(By The Way, kalau nak tengok post yang best sikit mengenai memancing, blog
Encik Azrul Hazri ada cerita pasal pertandingan memancing di Byram)


Seperti biasa, geng UPM yang telah menguasai arena pancingan Nibong Tebal kembali ke medan pertarungan. Kali ni, kami port di satu tempat terpencil Sungai Kerian. Dekat2 dengan ampangan terkenal di kawasan ini iaitu Ampang Jajar. Plan asal ialah utk cuba memancing patin. Umpan yang kami gunakan ialah Roti Gardenia, yang insya-Allaah enaknya dimakan begitu sajaaaa. Ini semua berdasarkan tips dari Ah Peng, taukey kedai ikan Parit Buntar :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ampang Jajar
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Effect Sepia
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bot Otai Pemancing Yang Lalu

Nak cerita panjang macam malas pulak. Lagipun ntah2 pembaca2 dah bosan dengan entry2 yang panjang berelung. Hehehehe. Jadi kali ni, saya cerita pendek2 saja lah ye, dan letak gambar saja yang banyak.

Plan nak tangkap patin memang tak kesampaian. Saya rasa sebab:

  1. Rig utk rod tak sesuai. Pelampung kecik sangat, oleh itu batu pun tak boleh nak berat. Oleh yang demikian, nak baling jauh2 ke tengah sungai pun tak boleh.
  2. Patin tak mahu makan roti?
  3. Patin memang tak ada di tempat kami memancing. Hmmmmmm... Ni mungkin lah kot :P

Oleh itu, kami pun play safe lah. Oleh kerana tidak mahu pulang dengan tangan kosong, rig2 rod utk udang pun kami campak :) Kot2 patin tak mengigit (which they didn't!), at least udang atau ikan duri makan :) Dapat jugak rasa berlawan, dan pulang dengan hasil (kalau cukup besar la).

Last sekali, selepas dah lama menunggu, dan selepas dah pasrah yang patin takkan makan... hasil kami pun naik satu persatu. JUARA pada kali ini merupakan En Khalil. Beliau berjaya menangkap 1 ekor Baung, 2 ekor Duri, dan seekor Udang Remaja... di mana kesemuanya terpaksa dilepaskan balik kerana saiz terlalu halus :P

Tempat kedua... kalau nak diikutkan saya la kot. Saya berjaya menaikkan 2 ekor Duri! Pun dilepaskan sebab halus halus.

En Azrul berjaya menaikkan seekor udang galah betina yang agak sederhana besar. Dan agak cun kalau kita tengok dekat2 :) Yang ni dibawa pulang kerana rasa2 macam boleh dimakan :)

Jadi, itulah kisah pancingan kami. Memang dah takde kerja lain, memancciiinnnggg aje. Heheheheh. Jangan mare. Tapi tak ada lah selalu. Kadang2 je. Macam lagu tu....

Kadang kala kencang, ia memberanggg... kadang kala dingggiinnn, itulaah anginnnnn

Mancing mancing jugak... PhD jalan jugak insya-Allaah....
Tq for reading :) Assalaam aleykom WBT dan Selamat Sejahtera.

Ok... tengok gambar2 iya :D

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Saya yang Tersonyum

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Azrul Hazri Jantan memacak pancing2

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Khalil vs Baung

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Khalil dapat Baung

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Khalil dengan Udang Belum Mummayiz

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Khalil dengan Duri

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Azrul dapat Udang Remaja Juvenil

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Alpyan dan si Duri

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dah nak Balik :)

Ok... ni gambar nostalgia. di ambil dari blog Azlan Deniel. SLIT FC FOREVAH! (1998 SLIT FC vs ENGINEERING, which we won 7-1 kot?)

Penang Bird Park - Ok jugak la :)

(Dah lama duduk kat Penang, tapi tak pernah sampai pulak ke sini. Tunggu sedara datang dari Johor n Sepang, baru laa nak jejak kaki. Alhamdulillaaah)

Taman Burung Penang - Kat Area Seberang Jaya (Kot?)

Haaa... hari ni saya nak cerita pasal Taman Burung Penang. Menurut mamat yang jaga kat situ, dia kata taman burung ni is the first of its kind in Malaysia, with more than 3000 (or was it 300) species of birds from all across the globe. But, I didn't think I saw all 3000 though... kalau ada pun, ntah2 dah terbang dan lari ke Queensbay Mall kat Pulau. Hehehehe.

Anyway, di sini, entrance fee dia RM20 utk orang2 dewasa dan RM10 utk kanak2 riang (2-tahun ke atas). Keluasan dia... ada laaa dalam... satu setengah padang bola sepak... :) Macam ukuran zaman2 silam pulak main compare2 dengan ukuran2 yang familirrr :| Anywayz... Berikut merupakan "peserta2 kursus" :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Sila klik utk view. Jgn takut, ianya akan diopen dalam tetingkap yang baru)

Sebelum masuk, gerimis mula turun. Jadi, saya pun membuat keputusan utk membeli payung utk anak saya, Cik Nadiah Farhanah bt Alfian. Tapi, rasa2nya macam tak prektikel, pasal tak pasal2 nanti dia main2 ganas2, terus patah, dan oleh tiu terbanglah RM9 yang penat saya dapat (dengan izin Allaah) dari UPM yang zalim. Hua hua hua!!! Walau bagai mana pong... ini dia gambar Farhanah dengan... bukan payung! Tapi topi pink yang agak cute design-nye :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Hana pakai Topi)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Lain2 Gambar Hana n de geng)

Kisah bermula dengan adegan percumbuan! Whoa!!! Dalam bird park pon nak bercumbu2 ka!!! Saya hampir marah dengan idea tersebut. Ingat nak panggey jabatan agama Penang. Tapi, bila saya sedar yang mereka ini mungkin sudah ada sijil pernikahan, dan juga kelulusan dari imam Fauna, maka tidak apa lah. Bercumbu la sehingga 14 Jun 2096.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Nuri Bertenet)

Memang terdapat banyak spesis burung dalam taman ni. Tapi seperti biasa, hanya beberapa saja yang menarik minat pengunjung. Antaranya... burung merak yang tengah dok cuba pikat awek. Siap getar-geratkan lagi dia punya ekor. Buleh getar rupanya... baru saya tahu :) Rasa2nya dia ni dominant male... sebab ada jugak jantan2 merak yang lain dalam kandang yang sama, namun, tiada yang mengembangkan ekor mereka. Tak lama lepas proses pengembangan ekoq, dan penggetaran bontot dan ekoq... seekor betina muncul dan mengekori ekoq si Merak dominan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Merak Dominan)

Terjumpa juga saya seekor burung yang enggan terbang. Mengapa kau tak mau terbang wahai burung? Saya tertanya tanya. Namun, tak juga dia menjawab. Apa pasal dia tak jawab? Sebab burung mana buleh berkata-kata. Apa la saya ini... Ini membuktikan bahawa orang yg amik PhD ni makin lama makin tak betul kepalanya. Hua hua hua... Burung ini juga dominant male. Ini dipersetujui oleh penjaga burung burung di taman tersebut. Nak pergi dekat pun tidak dibenarkan, takut2 kena patukan yang menyakitkan. Jauhlagi (furthermore), burung ini juga nama akhirnya bukan dari spesis burung. Dia ambil nama hewan kaki empat. Mengapa sampai hati kau ambil nama spesis mamalia lain. Hmmm... Tidak apa. Sila lihat gambarnya...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Burung Unta Dominan)

Kisah sedih pilu juga ada di taman burung ini. Dua ekor helang gagah, yang tersalah terbang dan mungkin ter-rosak sistem navgasi nya. GPS tiada, namun bagaimana? Kalau mengikutkan cerita pada papan tanda, dia orang ni terlanggar kapal terbang. Fuih! Kira ok gak la tu, sebab masih bertahan bernyawa! Kalau saya la langgar kapal terbang (head-on lagi), sah2 dah go to heaven (heaven la kot... tak nak g hell pulak). Dia orang ni patah kedua2nya patah sayap. Langgar katerbang TUDM. Ish, TUDM ni mmg bawak katerbang tak betul la. Pilot dia lesen terbang ke? (Pun intended, even though not funny...jgn mare). Tapi takpe, orang taman burung ni kira ok la, sebab ambik dia orang utk dijaga. Sihat jugak nampak. Mula-mula kitorang pelik jugak la, kenapa mereka tak diikat. Lepas dah baca papan tanda, baru faham dan kesian serta sedih duka.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Helang Patah Sayap)

Sempat juga kami beri makan burung. Tapi bukan bagi makan free. Ulat ulatan harus dibeli. Sampai RM Seringgit harus diberi pada mesin vendorian. Hmmmm. Tapi takpa la kot. Sekali sekala beli ulat utk burung. Bila lagi ye dok? Kami hanya perlu memegang ulat berkenaan di dalam bekas, dan fuish foiih fioosh dan fringggg!!! Burung datang dan makan. Tapi still burung2 ni takut2 la. Sebab manusia kan ganas... "Dia orang ni laaa tangkap aku hari tu. Tapi skarang nak kasik makan??? Hmmmm... Harus ada curiga... curiga." Tapi last2 sebab lapar kot... datang jugak. Ni gambar2nya :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Burung datang Makan)

Dekat taman ni jugak, terdapat spesis2 sesat. Kata taman burung, tapi letak jugak binatang2 lain. Apa pasaal la dia orang letak (natey) bewok, buaya, ular, ikan dan juga rusa? Siap dalam satu kandang tu, saya TERnampak ada anjing tengah lepak lagi. Hehehehe. Mau bikin konsep zoo agaknya? Tapi takpa, walaupun ada hewan2 lain, konsep asas tetap burung :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Haiwan2 Sesat)

Haiwan sesat selesai dilihat. Sungguh pantas masa berlalu, aleh2 dah sampai exit. Uit? Kecik sunggu 1.5 padang bola sepak ni ye? :D Tapi takpe, kerana di sini lah kami dapat berinteraksi secara live dan physical bersama burung2 terpilih! Siap boleh pegang, suruh naik atas tangan atau bahu, dan juga mengajak mereka berkata kata. :) Saya dan keluarga berkesempatan berinteraksi dengan Enggang, Kakak Tua (Maccough? Camtu ke eja?), Nuri dan juga Burung Hantu Comel. Dengan nuri saja saya tension sikit, pasal dia gigitnya saya sampai luka. Ciatz!!! Tapi takpe, akal haiwan tiada, jadi tiada guna berdendam pusara. Hehehehe. Berikut adalah gambar2 burung2 yang gembira...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Burung Hantu)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Nuri Durjana Gigit Aku Sampai Luka. Hiah!!!!)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Parrot merah yang suka baju Merah)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Bobby!!!)

Setelah lama berjalan, kami pun berehat la. Oh, btw, saya pergi bersama kedua orang mertua, dan juga keluarga Abang Ipar (Pak Long). Isteri tersayang tak dapat nak turut serta, kerna ada kerja di PUtrajaya. Nanti kalau dia sudah baca ini blog, at least terubat duka dan rindu di dada :) Hehehehe. Jgn jeles udah, kang aku kena datang sini sekali lagi pulak kang. kekekeke (jgn mare Ayang ye :P)

Berehat bukan apa, tunggu Bird Show yang diwar2kan. Hmmm. sah2 best ni.

Tapi apa kan daya. Bird show macam biasa saja. Rasa nak karate pun ada. Hehehehe. Tapi takpa, sebab last2 dapat juga merasa penggambaran bersama burung. Hanya burung helang dan Hantu saja kami tak dibenarkan pegang. Sebab kuku dia orang tajam sangaatt...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Enggang)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Bobby! Akhirnya! Susah nak suruh dia naik tangan ooo. Siap gigit2 lagi. Tapi last2 naik gaks... Alhamdulillaaah.)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Ibu mertua ku yang macho lagi rileks. Hehehehe...)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Umi dan Bobby. Dapaat gak rasa pegang Bobby ek?)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Bobby naik sheikh!! Panjat2 mau gigit kepala botak Sang Troxion!!!)

Lepas dah penat, kami semua pun balik la. Tak beli souvenir. Ngak ada uwang siiih. Hehehe. Bulan ni sengkek sket. Tapi takpe, lepas ni minta lagi rozqi dari Maha Esa. Insya-Allaah dikasiknya. Hehehehe.

Penat membawa dahaga. Dahaga settle, lapar pula jadinya. Lepas dah solat Asar dan mandi2 Farhanah, kami pun pergi ke Mee Udang Sungai Dua. Makan Mee Udang, Ikan Goreng Tepung, Kerang Robus, dan air minum beraneka. Alhamdulillaaah, hari yang agak berjaya dan gumbira :) Harap2 lepas ni buleh pergi ke tampat2 yang serupa. Tapi dengan korum yang lebih sikit la. Bini mau kasik ikut juga... hopefully tada lagi kena pigi Putarrjaya. Hehehehe. (Sorry gambar blur. Guna handphone sahaje, 2 megapixels and NO image stabilization feature lagi. Hehehehe)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Mee Udang)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Kerang)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Farhanah Tunggu Makanan Sampai)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Nama Restoran)

Baiklah. Itu saja buat kali ini :D Sekali lagi, Terima kasih banyak2 kerna sudi membaca.

Assalaam aleykom WBT & Salaam Sejahtera.
Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by