Search The Web With Google

Custom Search
   




Alfian on Facebook | Create Your Badge

PEMBEDAHAN TIKUS di MAKMAL COMPUTER VISION!!!

Hari tu saya ingat memang tikus kesayangan saya dah kematian. Sedih jugak, pasal tikus ni memang saya sayang, dan 'bela' semenjak saya beli dia pada tahun 2005. Kalau ikut kata 'doktor', dia memang dah 75% mati :( Last2 hari tu pon, saya letak on 'LIFE-SUPPORT' utk beberapa bulan.

Tikus saya ni kaler hitam. Kalau kena cara lighting dia, buleh nampak macam kaler2 hitam metallic berkilat lagi. Dia suka saya main2 kepala dia. Selalu lepas saya main, dia bunyi ala2 klik klik chit chit gitu. Tapi tu la, lately masa dia dah 'tak ada', saya terpaksa la tukar kepada 'hewan' lain. Hewan baru saya ni lagik besar! So tak berapa nak best la. Sebab saya sukak yang kecik kecik nye tikus gitu :( Tapi takpe... saya still nak usahakan supaya saya dapat menyelamatkan tikus kesayangan saya ni.

TIBA-IBA!!!!

Haaa... muncul seekor lagi tikus yang mana sindrom dia TERBALIK dengan sindrom tikus saya.
Tikus saya ni, dia punya 'sel-sel' dah mati kat bahagian ekoq :( So kalau nak selamatkan dia, memang macam kena carik 'ekoq' ganti. Tapi macam mana nak ganti ekor tikus! 'Urat2' dalam ekor tu saya mana tau nak cabut dan sambung-sambung! Ingat saya ni surgeon ka...


Tapi tu la, dengan kuasa Allaah, seekor lagi tikus ni datang. Tapi dia ni memang dah konfirm 'brain dead', dan hanya sebahagian dari kepala dia yang berfungsi. Dan... the GOOD NEWS! Ekoq dia masih elok!!!!

So, saya pun mengambil keputusan, utk. MEMBEDAH!!! Tak kira la jadi ke tak... nothing to lose anyway. Kalau saya tak bedah pon, tikus saya memang tak lama lagi akan K.O. sepenuhnya. Kalau saya bedah... at least I've tried to do something to save my MOUSE!!!! Oh TIKUS KU!!!!

Oleh yg demikian, berbekalkan pengalaman menyambung-nyambung wayar letrik kat rumah, dan jugak dengan berbekalkan mata tanpa apa2 magnifying glass, saya pun memulakan pembedahan.

Tik Tok Tik Tok...

Alhamdulillaah, tak banyak 'darah' dan 'spare-spare parts' tikus yang terkeluar. Cuma 'kulit' dia je la yang ter-keluar dan terpaksa dibuang sikit2. But overall... the operation was a success! Praise ALLAAH!!! :D

Ok. Below adalah gambar2 Pembedahan di Makmal Computer Vision, School of Computer Sciences, Universiti Sains Malaysia, Minden, Penang.

Selamat Hari Raya Haji :D

Gambar tikus 'mangsa' yang mana spare-part telah diambil

Gambar sambungan wayar USB (Ada benang kat dalam tu rupanya. Buat apa, saya pon tak sure)

Gambar selepas 'surgery'

Gambar selepas di-'plaster'

Gambar tetikus LOGITECH yang telah boleh digunakan kembali. Alhamdulillaah

Penang Bridge - Jam ke Tidak?

Saya tak tahu tentang tuan2 dan puan2 dan cik2 sekalian. Tapi saya ni orang yg tak berapa suka tersangkut dalam traffic jam :( Ye la... nak jalan tersangkut2, kena main clutch selalu (saya bawak Kelisa manual 1.0), dan kadang2, ada je makhluk durjana yang suka2 nak tukar2 lane. :P Kalau buleh, memang nak elaaak je jam tu... Tapi tu la... macam mana nak tau jam ke idok? Dah le saya kena lalu jematan Pulau Pinang :( Bagimana? Bagiamana???

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Bagimana? Alhamduillaaah, dengan teknologi web-cam dan cc-tv zaman2 sekarang ni, saya buleh tengok dah dari opis, sama ada jam atau tak jematan PP tu. Kalau nak check, saya akan pergi ke:

http://www.penangbridge.com.my/bridgecam.php.

Kat situ saya buleh nengok sama ada jembatan kesayangan saya ni jam ke idok :) For my case, saya akan tengok CAM06, sebab itulah camera yang menunjukkan entrance ke jembatan dari arah pulau ni ha.

Contoh gambar: (saya tak tengok live-video, pasal Internet USM ni tak stable sangat)


Chaitz... barruuu ingat nak balik. Tapi nengok2 jam la pulak jembatan. Takpe, solat maghrib dulu la kot. Eh! Bilal dah abis bang. Okes, saya pergi dulu.

So kalau la tuan2 n puan2 n cik2 berada di Penang ni, dan nak check keadaan jembatan... maka buleh la ke:

http://www.penangbridge.com.my/bridgecam.php. :)

Okes...

Assalaam aleykom WBT

Ayam Masak Halia TROXION 2008

Assalaam aleykom WBT dan Salam Sejahtera

Hari tu, saya menggatal ndak masak menggantikan tempat bini yang (yg mmg pada saya, terel sangat masak). Ingat mau kasik dia rilek sekejap, dan saya pulak yang testing masak :)

Oleh yang demikian, saya pon membuat keputusan utk memasak satu dish berkonsepkan ayam, dan juga halia. Nak buat ayam masak kicap, macam selalu sangat dah makan... n lagi satu, kicap rasanya akan sama walaupun anda di Kampuchea, New Zealand ataupun di kampun g halaman Bagan Datoh :)

Okes... mari kita mula. Saya kasik nama dish ni Ayam Halia TROXION 2008. Sebab2 dia obvious la kan... ayam masak halia... plus buat tahun 2008 oleh Alfian Abdul Halin yang suka letak nama sendiri sebagai Troxion. Spesis hewan apa 'troxion' tu pon saya tak tau. Saja suka guna nama tu pasal dulu2 zaman MiRC pakai nick 'trOXIon' :D


OK!!! Meh saya cerita ramuan2 dia terlebih dahulu:
  1. Potong halus2 atau kecik2 bawang putih dan bawang merah.
  2. Ambik halia sebesar dalam gambar kat bawah ni... dan potong halus2 atau kecik2 jugak.
  3. Dari dalam peti ais anda, ambil sebijik cabai hidop! Ataupun nama lain, cili merah (kot?). Kasik potong2 jugak sebagaimana orang selalu potong cabai (mericih ek orang panggil...)
  4. Dapatkan kacang buncis! Saya hari tu dapatkan dari pasaraya ECONSAVE! Potong kecik2. Kalau nak besar2 pun suka hati la... anda yang akan makan nanti.
  5. Gunakan bahagian Dada Ayam, tapi yang ada tulang lembut tu. Nama dia kat pasaran ialah Chicken Keel. Saya suka guna keel dari full chicken breast pasal... for one thing, dia lagik murah. Lagi satu reason ialah sebab dia ada tulang lembut tu. Jadik bila kita makan tu, takde la kunyah daging ayam aje. Ada variety sket dalam proses pengkunyahan :) OH! Dan ayam ni akan dipotong2... saiz potongan... hmmm... yang macam saiz kat kedai2 makan tu la kot :)
  6. Untuk menambah perisa, gunakan sedikit Sos Tiram, dan juga Kicap Manis cap Kipas Udang.
  7. Pergi ke TESCO, dan beli satu botol besar Minyak Zaitun yang EXTRA DARA!!! Kalau setakat dara biasa je, tak buleh... we must go for the extra of all the virgins!!!! :D
Okes....

Utk penyediaan pulak:

  1. Gaulkan ayam bersama lada hitam, lada putih dan garam.
  2. Masukkan dalam 2-3 sudu besar olive oil ke dalam a pre-heated kuali. Saya pakai kuali non-stick supaya senang nak memasak dan senang nak mencuci.
  3. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan halia :) Kasik la tumis sampai puas hati. Kalau anda jenis yang kejam, maka kesemua ramuan tumisan akan anda tumis sehingga 3-suku hangus :) Namun, lebih baik tidak bersifat kejam, kerana ianya akan memudharatkan makanan anda.
  4. Lepas dah tumis tu, masukkan pula sedikit Sos Tiram, dan kicap kalau nak :) Kuantiti bergantung kepada lidah si pemakan :) Kalau suka rasa tiram artificial, maka masukkan la 2-3 sudu kecik ke :) Tapi saya letak sikit je, sebab kadang2 rasa tiram tiruan ni jadik macam pelik sket kalau banyak2. Kacau-kacau dalam 1.5- 2 minit.
  5. Masukkan pulak ayam tadi... kacau sampai rasa2 macam dah 3-suku masak.
  6. Humbankan baki2 ramuan (cabai hidup dan kacang buncis). Kacau sampai rasa2 dah masak. Kalau perasaan anda salah, maka makanan anda akan 1/4 mentah :)
  7. Saya rasa... saya ada letak ayor sket kot :) Letak la ayor jarang kalau rasa2 nak letak ayor jarang. Kalu tak nak letak ayor, takut2 kering sangat pulak lauk ni karang.
  8. LAST SEKALI!!! Letakkan dalam pinggan dan makan la sampai SEBELUM kenyaaaang. Ikut cakap Nabi aaa... dia kata makan sebelum lapar, berenti sebelum kenyang? :)
Haaa... saya punya hasil macam gini rupa dia.

Tapi seperti biasa, blurred sket pasal pakai henpon yang takdek image stabilization... dan jugak kerana faktor pencahayaan tak berapa nak baguih :)
Okes... pada yang berani... buleh cuba ini resepi. Bini n anak makan ok je... takde pon kena food poisoning.

Oraitey. Mari kita berPhD kembali.

Pesanan Pak Cik Berjanggut Educated

Ni email saya dapat dari kakak sepupu saya. Ada Pak Cik berjubah putih berjanggut putih lagi dalam cerita ni. Haaaaa.... Kalau dah berjanggut putih... berjubah putih tu.... Haaaaaa......

Simple... yet makes great sense. So, utk kita2 yang rasa ilmu agama tak berapa nak power sampai ke tahap wali ataupun pon at least imam... berpegang kepada pesanan2 ni pon dah kira ok saya rasa :) .... ni pandangan saya la tapi :) Okes... selamat ber-reading ek....

==============

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang,
ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pak cik.
(Mintak tunjuk jalan betul is part ni kalau tak silap:
Ih di nassi raa thol musta qeem ... waladdhaaaaaaalllinnnn)

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar '
untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya
kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal. Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.


==============

Gambar bawah ni takde kaitan ngan post atas. Tapi since takde gambar pak cik berjanggut dan berjubah putih tu, maka saya letak la gambar apa apa. Ini gambar bebola2 ala bergedil tenggiri yang saya testing buat. Kalau nak resipi... buleh, tapi rasa2 macam dah tak ingat! Sebab masa buat main hantam kromo. Tapi yang confirm, memang ada Ikan Tenggiri :)



Kancil Terbalik dan Gempa Bumi

Semalam saya telah melihat satu kemalangan di atas jembatan P Pinang... dan juga telah meng-experience secara paling minima bagimana sesuatu gempa bumi itu.

Memula kisah Kancil... Kancil terbalik that is. Which is the kemalangan I saw on de jembatan. Mula2 dok drive smooth aje. Tetapi, secara tiba2, kenderaan mula slow secara drastik. Chaitz!!! Apa pasal? Namun, pengalaman mengajar saya supaya tidak mudah melenting... sebab in the end mmg tak ada apa pon... n kalau marah marah kat kereta lain pon, bukannya jadik apa! Jadik, saya terus la ikut 'bontot' lori kat depan... Lori kecik warna merah, buleh ku bawa ke sekolah menengah (kalau kereta kecik warna merah, bawak ke SEKOLAH aje. Sebab lori, maka bawak ke SEKOLAH MENENGAH! hua hua hua... ok lawak bodo... tapi takpe).

Tetiba, lepas lebih kurang 1.54 hingga 2.31 kilometer, saya ternampaklah, bahawa Sang Kancil berwarna kelabu telah pun terbalik di seberang jalan. Chaitz!!! Eksiden kat sebelah sana, apa pasal sini pulak slow tahap Gaban Z? Hmmmmm... Tapi biasa la tu... Kat USA pon macam tu gak saya rasa. Kat Romanio pon macam tu gak kot. So Malaysia pun tak lari dari budaya yang sama. Saya tak nampak pon ada orang berdarah2 ke, ataupun yang kena usung dek stretcher. Yang saya nampak, ada macam pegawai2 PLUS (kot?) dan dua orang Cina (kot)... Mungkin tuan ampunya Kancil kelabu yang dah tergolek dan 4-tayar menghadap langit biru... Tak nampak ada injury apa2. Kereta tu pulak, begini ghupanya... (Alhamdulillaah tak jadik kat saya. Na'oozubillaaah!!!)

Patot la kenderaan jadik slow. Ada orang dok snap2 gambo. Ish, tak patot tui... kekekeke. jgn mare. first time buat....


Anyway... takpa la. Alhamdulillaah takde sapa2 K.O., malahan nampak O.K. aje.

Saya pon pergi la lab... di TINGKAT 5, SCHOOL OF COMPUTER SCIENCES, USM, PENANG! :D Bangunan saya pulak... cenggini!!!



Kira bangunan tertinggi kat USM kot? Agaknye la. Saya pun tak sure... dan tak kisah pun sebenarnya. Tinggi2 sangat pun tak best gak. Sebab kalau lif rusak... al-maksud berjalan naik tangga ke lab :) Tapi takpe. Good eksesais bak kata orag putih.

Pendek cerita... hari dah nak petang... saya pun bukak artikel nak baca. Tengah2 baca terlelap. TETIBA!!! KERUSI SAYA BERGOYANG!!! KE KIRI... KE KANAN!!! KE DEPAN... KE BELAKANG!!! Lepas tu..... "Alfian... Alfian... Wake up! Wake up!"

Suara member Jordan saya... Mahmoud Jawarneh Mahmoud Saleh. Hehehehe. Ampes... kacau orang tido. Saya pon bangun la... dan terus-kan percubaan membaca. Tapi macam biasa la... baca baca baca... pasal tak jumpa benda yg dicari dalam artikel tu, mengantuk balik.

Dan... sekali lagi... kerusi saya bergoyang. Tapi kali ni kiri-kanan kiri-kanan aje. Agak smooth movement dia. Saya pon pelik... dan toleh la belakang, kot2 si Mahmoud Jawarneh ni tolak pelan2 pulak.

ALEH ALEH!!! Takde sapa tolak! Nak kata hantu... takde kerja hantu nak masuk lab komputer vision. Lepas tu, tetiba nampak kipas berdiri pulak goyang kiri-kanan kiri-kanan. "Uit? Tarian apa ini". Tetiba saya baru terperasan... dan ter-beringat... bahawa ni gempa bumi la kot. Lantas, saya cekup laptop... dan amik apa yang patot (termasuk Pall Mall yg tinggal lagik sebatang. kekekek) dan TARUS turun!!! Ikut tangga. Ramai jugak orang lain yang turun... sebab ye la... dah la bangunan tinggi!!! Kang runtuh sia2 K.O. dan tak O.K. macam orang Kancil tadi.

Ni dia gambo semua orang dah turun... Macam perhimpunan haram gak la jadiknya. Hahahaha! Tapi takpe... ni perhimpunan Halaal, cuma JAKIM tak chop aje.





Alhamdulillaah, tak roboh school kami. Kami semua pon patotnya duduk jauh lagi dari bangunan tu masa berkumpul tu. Tapi maybe pasal takde penglaman kot? Jadi semua dok rilek aje.

Anywayz, goyang2 tu mmg terasa la... dan ianya adalah berpunca dari gerak gempa kat tengah laut (area2 origin Tsunami yang dulu tu)... 7.2 ke 7.6 pada skala Ricter (betul ke eja ni?)

Hmmm... itulah cerita nya :D

Okes... Assalaam aleykom WBT n A very good day.

PhD Candidate cum Nelayan Sungai Kerian

Hari Sabtu lepas, "nelayan2" Taman Ilmu, Nibong Tebal telah pergi memburu Udang Galah di sepanjang Sungai Kerian. Berbekalkan set2 pancingan udang dan umpun-umpun sebagai umpan... Sang Troxion (Alfian), Abeyie (Azrul Hazri) dan Kal-el (Khalil), dengan izin Allaah, telah mengharungi arus sungai Kerian utk mencari sesuap... udang :)

Kami berekspedisi menaiki berenjin Yamaha 30 kuasa kuda... milik Abang Pa (nama penuh tak tau, muka pon tak tau pasal yang bagi bot tu kat kami ialah anak dia). RM50 diberi utk sewa bot seharian dari jam 8 a.m. sehingga ~6 p.m.

Kal-el n Abeyie punggah barang naik bot, sambil anak Abang Pa dok buat apa ntah ngan enjin bot

Abeyie n Kal-el dulu memang dah pernah pergi dah sekali... tapi sebelum ni dia orang naik bot orang lain. Kebetulan pulak orang tu takde pada kali ini... or bot dia yang tak available? Saya pun tak ingat. Anywayz, Alhamdulillaaah, ada sorang mamat ni yang bernama Zam... yang pada mulanya kami nak sewa bot dia! Tapi since bot dia papan, dan bersaiz kecik, maka rasa2 macam tak boleh nak muatkan kami bertiga. Jadi kami pun macam nak kensel la dengan Zam ni.

Dengan tergezootnya, si Zam ni pulak pi rekemen Abang Pa! Dan dia rekemen tanpa meminta apa2 komisen! Baik sungguh mamat Zam ni. Saya notice, orang2 kat area2 perkampungan Pt. Buntar dan Nibong Tebal ni... baik2 belaka :D Si Zam ni lagi la... siap bawak kitorang pergi ke area bot Abang Pa ni lagi... yang saya rasa, dalam 10 menet perjalanan naik kereta... Ish... mmg baik sungguh :) Sayang pulak tak ambik gambar dia... kalau tak buleh promo :) Hehehehe.

Anyway... hari tu jugak (Jumaat) kami confirm ngan Abang Pa, dan dia suruh kami datang aje... dan bawak sekali minyak petrol RM20.

Esoknya... kami pun dengan semangatnya la pergi ke area bot Abang Pa tu... yang saya pun tak ingat kat mana. Anak dia datang kira on-time jugak la, dalam jam 8 gitu. Dia tolong alter bot tu sikit2... dan lepas tu tarusss kasik kami bawak.... walaupun sorang pun haprak tarak lesen bawak BOT!

Gambar ni disnap sebelum gambar di atas. Tapi view of the boat is not ocluded

Tapi takpe... sebab bawak bot ni pun tak la susah sangat. Seminit-lima test2 bawak tu, tera la terus insya-Allaah.

Tugas membawak bot kami serahkan kepada kapten utama... En Abeyie. Dia ni mmg dah pernah bawak bot sebelum ni, walaupun tak ada lesen bot. Takpe, pasal polis marine tak ada kat area Sg Kerian ni.

Kal-el dgn Sang Troxion pulak, kerja kami berat sikit. Yakni mengangkat dan menurunkan sauh! Kal-el nasib dia baik sikit, sebab sauh dia agak ringan dan berbentuk lurus. Saya punya... mak datukkkk... kat hujung ada macam batu berbentuk silinder kecik! Dan berat dia... aiyaaaaa... macam Sang Gajina Kapok.

Tapi takpe... for the experience, saya sanggup :)

Saya sempat snap beberapa gambar perjalanan kami... macam lanun2 Sungai Kerian pun ada jugak rasa... Hehehehehe... Lalu bawah jembatan, lalu kat celah2 binaan konkrit, 'berteduh' di tengah terik mentari (sebab masa tu POT udang kat tempat yang tak ada pokok, dan mentari mmg atas kepala)... dan lain2 lagi :D

Kami selalu memancing atas jambatan. Kali ni memancing dari bawah pulak
Pandangan bawah jembatan USM
Alfian Troxion nelayan Sungai Kerian
Kepala bot
Kal-el dapat ikan apa ntah... kecik... kami release lepas amik gambar dia :)

Kalau kami target Ikan Duri pada hari tu, memang kami dah jadik JUTAWAN!!! Banyak betul ikan duri yang memakan umpan. Tapi, since memang nak makan pun kami tak berapa gemar, maka semuanya kami lepaskan semula. Kira concept "CATCH n RELEASE" la ni :) Selalu orang buat konsep ni pasal nak preserve species... tapi kami buat pasal kami tak nak spesis tu. Hehehehehe...

Anywayz, pada kali ni, Allaah kasik rozqi menimbun utk Abeyie dan Kal-el. Saya rasa masing2 dapat 6-ekor! Utk amatur2 macam kami, 12-ekor tu kira ok la :) Tambah pulak kami main hantam je pilih POT udang....

Saya pulak... sebab Abeyie dah dapat 6, Kal-el pulak dapat 6... maka saya dapat... 12-6-6=.... KOSONG lah! Hua hua hua! Dari pagi samapi ke petang... dapat 0-ekor udang galah gergasi!!! Rasa macam hampa tu ada la jugak sikit-sikit... tapi secara overall saya tak berapa kisah :) Sebab seronok jugak tengok kawan2 dapat udang ni! Hehehehehe... Kal-el la mula2 bawak naik banyak... lepas tu disusuli Abeyie pulak. Walupun saya pulang 'tangan kosong'... tapi the whole experience was very2 dear... oh, and not to mention memenatkan! Sebab kena angkat sauh! Hahahahahaha! Tapi takpe la... It's a tough job, but somebody' gotta do it :)

Okes... saya akhiri entry kali ni dengan gambo2 lagi :) Okess... TQ for reading :D Assalaam aleykom WBT dan Salaam Sejahtera...

Troxion teeing off...

Kepten Abeyie pakar bawak bot
Sang Troxion testing bawak bot. Memula tu hoyong hayang gak. Kona kanan gi kiri, kona kiri g kanan!
Kal-el dengan udang galah
Intai2 hasil tangkapan dalam jaring
11-ekor udang... sekor lagi hidup la pulak... lantas tarus masuk dalam akuarium!!!

Apa nak post ek?

Hmmm...

Apo la nak dipost kat blog ni kali ni. Dah lama tak update. Kang kalau lama2 tak update... hilang pulak habit mengupdate... dan langsung jadik habit baru yakni habit TAK-mengupdate. Hehehehe... Ok ok. Not going there again. Kalau tak kang jadik macam http://troxion.blogspot.com.

Wokes... Haaa!!! Ada idea apa nak tulis. Jom tulis pasal kes2 semayang gak. Tapi kalau ni, saya lebih kepada nak tanya suklan... dan sambil2 kasik pendapat... Harap2 dapat feedback daripada para pembaca yang budiman dan budi-woman :D

Okes...

Saya perasan la... bila kita solat jemaah kat mesjid al-mana2 kat Malaysia ni... para jemaah kebanyakkannya memang macam "malu-malu" nak rapatkan saf... Saya faham kadang2 kita macam malu2 nak bersentuh ngan orang sebelah... tapi kengkadang tu, gap antara kaki dua makhluk tu al-sangatlah besar... kadang2 jarak tu leibih kurang macam ada 1-kaki setengah yang halimunan antara dua makhluk (ni utk lelaki la sebab semayang kaki terbukak sket compared to pompuan)...

Kat Mekah setahu saya, orang sembahyang sampai mmg dah tak cukup ruang. Tapi tu maybe understandable pasal jemaah dah mmg ramai... n tempat limited :) But still, saya rasa mmg kena cuba rapatkan serapat yang mungkin ye dok? Sampai at least sentuh bahu... or kalau si panjang sebelah si pendek... ada some sort of contact kat either kaki or other bahagian badan yg buleh kena.... But then again... ni hanyalah saya nye pendapat berkenaan kerapatan saf :)

Oleh yg demikian :D Saya punya probing questions adalah:

  1. Berapa rapat kita kena rapat antara dua makhluk jemaah bila solat jemaah?
  2. Bila bangun dari duduk antara dua sujud, buleh kah kita adjust balik kedudukan kaki? Ataupun bangun je n tak payah tengok dah kaki kita tu alinged-straight ke tak? (Saya personally adjust balik, pasal rasa sia2 plak awal2 tu dah kasik stret... tapi lepas bangun dari tahyat jadik senget benget :P)
  3. Kalu makhluk sebelah tu jauh dari kita, adakah buleh cuit? Member saya sorang kata buleh... sebab kalau saf jauh sangat, silap hari bulan buleh jadik putus saf (apa efek putus saf ek?... jemaah jadik tak sah ke?)
  4. Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah? Pada kerisnya kah? Pada tenaganya kah? (Soklan bonos)

Sekali lagi, bukan nak tunjuk alim ke ulamak ke ataupun nak jadik Haron atau Hassan ataupun Ahmad Albab bin Din :D Just observasi seorang hamba Allaah 'Azza Wa Jalla. Kot2 leh dapat info daripada kawan2 ataupun siapa2 yg lebih berilmu ke... ataupun kot2 sapa2 yang juga ada tertanya soalan2 sama dan kenal siapa2 yg tok guru atau ustad (yg bukan Ayah Peng) yang buleh berkongsi ilmu ke :D

Oookes :D Insya-Allaah, harap2 saya dan semua buleh dapat menfaat dari perbincangan kali ini :D Dan insya-Allaah juga... dapat memperbaiki salah satu aspek ibadah kitaaaa....
(Macam ustad forum perdana pulak aku... tapi tak le selalu tengok pon forum tu. Hehehehe...)

Ni gambo2 sket saya snap kat Mesjid USM, Penang :D




Oh... lagi satu... Takde kaitan tapi ngan post kat atas. Saje nak letak pasal dah lama bebeno dalam digicam-tepon saya :D Amik kat atas jembatan Pulau Pinang ketika driving. Hehehehe. Kalau ada hurup 'A' tu... tak ke lagik best nama kompeni tu. Kueng kueng kuenggg...
Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by