Search The Web With Google

Custom Search
   




Alfian on Facebook | Create Your Badge

Kita Serupa

(I edited this post. It didn't have the Look-alike meter previously. Noris talked me into doing the test :P)

Ingat nak pos gambar ikan, macam yang saya janji kat Kak Suhana kita. Tapi... kemra tak bawak la pulak. Takleh nak upload :( Jadi saya pos la gambar saya dan anak saya.

Tapi kali ni, saya nak tunjukkan betapa serupanya muka saya dengan dia. Takde langsung macam muka mak dia! Betul!!! Serious!!! Mmg ikut saya 98.752% :)
Kalau tuan2 dan puan2 kurang percaya....
Ini dia bukti-buktinya.... :D













Ok... tapi yang bawah ni.... saya tak suruh... Dia sendiri buat. Manaa dia lajar ni :-?


Ni dia main dengan "telefon-tin", Mak dia buat :)


Merempit di Lorong 11, Taman Ilmu :D


Ok. Ni pokok Kari rumah saya :D Bini tanam. Rajin bini aku ni...

Line Clear - Pulau Pinang


Akhirnya... selepas dekat setahun dekat Penang ni, barruuu la saya pi makan kat restoren mamak terkemuka abad ini... LINE CLEAR. Pergi bersama kawan pancingan dan kawan PhD-ian :) En (Fernando) Akhmal dan En. Amir Rizaan Abdul Rahiman.

Saya tak sure apa pasal nama dia Line Clear... mungkin sebab ada lorong yang mmg motosikal buleh lalu... kot? Line akan senantiasa clear kalau motor nak lalu...
TAPI!!!

Kalau orang nak beli nasik kandaq... maka line kurang clear... Sedap sangat agaknye, sampai ketagih kari mamak Line Clear :) Agak ramai yang mai sini! Especially time2 lunch. Saya gi ni pon dalam 1-jam lebih lepas solat Jumaat. Jadi line kiranya agak clear la... walaupun dari gambar mmg nampak kureng clear :) Tapi overall we were served quite fast... Betul2 nasib baik bukan peak hours :D

Anywayz... saya tak la sempat ambik gambaq maut2 gaban... hanya sempat snap sana sini. Ini dia gambaq owner...

Mamat ni mmg otai. Dari rupa pon mmg dah tau dia otai. Dari cara letak kuah... lagi terserlah ke-otai-an dia. Dari cara layan pelanggan... mmg konpom otai. Rasa syok saja mau amik nasik sama kuah pasal owner and pekerja2 dia agak ramah. Tak macam kat kedai mamak lain, di mana pekerja2 selalu asyik tukar (import dari India) dan skills social tak beghapa nak ok kot :) Yang bawah ni pulak, member dia la kot. Agak2nya co-owner, ataupun anak ataupun adik. Saya pon tak pasti.
Pada hari tu, saya makan nasik separuh aje. Pasai kalau letak penuh, mmg saya tidoq maut la lepas tu... BANYAAAAKZ NAK MAMPOLZ!!! Langsung burn pulak baki hari Jemaat saya yang masih ada nanti.

Ok. Sekali lagi, saya makan, nasik separuh, kuah campoq (semua kuah saya suruh dia bubuh), ayam kari (peha sebesar saiz Kenny's Quarter) dan sayuq dua jenis... kacang panjang ngan kobis goreng kot? Ntoh... Air saya minum air suam saja. Teori saya ialah, ayor panas tu insya-Allaah buleh bunuh segala virus mirus yang mungkin hinggap pada makanan. Hehehehe. Semua... RM5.60-kupang. Air suam RM0.00-kupang :)

Saya sendiri TER-lupa nak amik gambaq meal saya... pasai lapaq sangat kot? Tapi sib baik En. Amir sempat menyapa... "Tak ambik gambaq ka Pyan?". Lantas... saya snap dia punya meal :) Ni dia :)

Overall, ok jugak la kat Line Clear ni. Actually, kebanyakan restoren mamak kat Penang dah air-conditioned. Tapi saya rasa la, kalau Line Clear ni pi ikut pasang air con... rasa2 dah tak besh la kot. Jadik tak sedap agaknya... pasal hilang ke-unikan :)

Mana mau cari motor lalu tengah2 kita makan? Mana mau cari orang ramah tamah macam taukey dan tukang2 masak? Mana mau carik peha ayam dan dada ayam dan bahagian2 lain ayam yang supersized?

Walaupun kita tahu yang maybe satu hari nanti Jabatan Kesihatan W.H.O. sendiri yang akan datang kasik saman ini tempat... namun ia tetap menjadi pujaan hati ramai warga Penang. Tak kira Melayu, Cina, India... mahupun Protugis dan Belanda :) Walaupun mmg tak healthy, tapi inilah keunikan Line Clear saya rasa. Dengan tersepit dicelah2 bangunan lagi... still orang pergi. Dan saya percaya, taukey dia yang otai ni dah millionaire yang tak serupa millionaire. Biasa la mamak mamak ni... kadang2 lagi kaya dari Donald Trumpet... tapi still pakai macam tak mampu beli baju (sekurang2nya) Adidas. kekekeke. Bukan menghina... tapi ni kira pujian la ni ye dok? Hehehehe.

Okes... Mari ke LINE CLEAR LAGI!!!! (Tapi takleh g selalu, pasal mmg ada chan nak kena food poisoning!!!! Saya rasa la...)

Salah seorang tukang masak OTAI yang seronok gambarnya diambil

Antara makanan yang terpampang utk tontonan umum... asal takde orang amik kepala ikan ni?

Kita ikut2 aje ke, atau kita faham ek?

Apa nak cerita hari ni ek?

Hmmmm....

Okes. Saya ada satu benda nak tanya anda2 sekalian :) Tapi ni berkaitan cara solat orang Islam la. Persoalan ni timbul dah lama sebenarnya. Masa saya buat masters kat Oztralia lagi saya dah tertanya. Berkaitan duduk 'senget' sikit ketika duduk di antara dua sujud masa tahyat akhir.
Saya terperasan, yang saya pernah terusha kawan2 dari negara lain (yang Syafie jugak mazhafnye)... nampak dia orang takde pulak menyengetkan badan masa tahyat akhir.

Last2 sekali, dah kat Malaysia ni, baru la saya tanya kawan saya dari Jordan... Apa pasal saya perasan ada semayang yang dia orang tak duduk sengettt....

Kawan saya ni nama Osama. Nama penuh, Osama Mohd. Radi Alia. Tu dia... sampai datuk moyang!!! Dia jawab... benda ni memang ada dibuat... As a matter of fact ialah SUNNAH Rasulullaah utk duduk senget ni. Cuma, duduk senget ni, adalah utk solat yang 3-rekaat ke atas. Maknanya, Subuh dan solat2 sunat 2-rekaat, mmg takyah duduk senget tu :) (Ada term utk duduk senget ni, tapi saya tak ingat la pulak apa dia...)

Jadi, just wondering, kalau sapa2 buleh confirmkan benda ni. Bila fikir2 balik, betul la jugak. Ramai kawan2 saya kat Oztralia dulu, yang dari negara2 lain, jarang sekali saya tengok dia orang implement duduk2 senget ni masa solat sunat. Selalu duduk straight macam tahyat awal...

Bila fikir tentang keadaan kita kat Malaysia ni... mungkin betul jugak apa kawan saya dari Jordan tu kata (it's Sunnah for 3-rekaat and above). Sebab apa, kebanyakan benda2 dalam solat, kita just follow apa yang diajar ye dok? Dan selalu, kalau tak sure, kita ikut je movement imam atau orang yang pakai kepiah dan berjinggut panjang :) Bukan la nak kata dia orang salah ke apa ke... cuma point saya ialah, kita buat sebab ikut orang yg kita rasa lagi alim... tanpa memikirkan apa pasaaal kita buat benda tu.

Hehehehe. Ni hanyalah observasi saya... dan hanya sekadar renungan. Kalau2 saya ada tersilap fakta... harap2 dibetulkan! Taknak plak saya dichas Ayah Peng Troxion! Hehehehehe.

Anyway... kalau ada sapa2 yg ada fakta yang betul dan tepat... harap buleh bagi komen. Jgn kasik komen ala2 Ayah Peng dah la :D Nanti masuk bab2 kerajaan langit ke apa ke... saya tak jamin :D

Okes... Selamaaaat

Assalaam aleykom WBT

Mahashi - Arabic Delight!

Haaaaaa....

Today I'd like to talk about this one arabic food that I particularly like :) Nama dia MAHASHI. Well, at least that's how I think it's spelled using ABCs. Basically Mahashi ni ialah nasik, yang dibungkus di dalam 'flora' yang buleh dimakan :) Ada yang bungkus dalam terung bulat, ada yang bungkus dalam daun anggur, dan ada gak yang bungkus dalam bawang! Woooo... yang bawang tu yang paling best tu... sebab bila bawang tu dah lembut... dia punya semi-caramalized texture dan rasanya yang manis2 masam membuatkan KFC pon dah tak finger licking good :P

Anywayz... ni gambar dia...




'Komponen2' dalam Mahashi ni ialah seperti berikut:


Ni balut dalam ... kulit terung kalau tak silap. Ingat nak check balik, tapi aleh2, dah takde dalam bekas polisterin... aku sudah telan daaaa rupanya.



Yang ni dia balut dalam bawang. Basically, bahagian tengah bawang dia buang, tinggalkan lapisan2 yang luar aje. Tapi kulit dah takde la. Orang arab tak la weng sangat sampai nak makan kulit bawang :)



Haaa... yang ni member saya Mahmoud kata, dia balut pakai daun anggur. Ntah mana dia dapat anggur nye daun kat Malaysia pon saya tak sure la. Tapi rasa2nya mungkin dia orang dapat dari Post-Friday-Prayer Market... yang di-run oleh Pak-pak Arab lepas semayang jemaat kat Mesjid USM Penang ni ha.

Anywayz... overall, rasa memang ok utk lidah saya. Tapi quite a few orang Malaysia tak gemar sangat makanan orang2 Arab ni, especially Jordanian. Sebab kadang2, sesetengah makanan dia orang... janji ada rasa aje pon dah cukup :) Ada satu benda tu,... minuman yang nampak macam susu atau susu-soya. Tapi bila minom... Mak Datukkk... rasa maca CHEESE-ALA-ALA-SUSU BASI! Hehehehehe. Tapi yang peliknya... saya dah suka la plak benda tu. Hehehehehe. Tapi takpe... janji tak sakit perut.

Okes... jadi itulah entry kedua saya utk hari ini. Entry pertama tadi pasal ikan... takde gambar pon.

Baiklah, sehingga menulis lagi. Assalaam aleykom WBT

Lapan ekor

Hari Isnin hari tu, Alhamdulillaaah, kitorang selamat pergi memancing di dua tuas di Yan, Kedah. Seperti biasa, target adalah ikan tenggiri.

Cuaca on the day was excellent. Tambahan lagi, saya tak mabuk laut! Alhamdulillaah sukur niqmaaat :D Hehehehe. Maybe pasal makan ubat mabuk be4 naik kepal... ataupun mungkin juga badan saya dah buleh adapt. Dan mungkin juga sebab saya pakai ear-plugs dan cuba sedaya upaya tak bau minyak diesel yang terbakar dari enjin bot berkenaan. Anywayz... it was an OK trip.

Kitorang singgah tuas pertama... apa nama ntah tuas tu, x ingat... (Tuas ni basically tempat dia orang cacak buluh... sebagai petanda tempat utk memancing). Dari pagi sampai ke thari... dapat 2 ekoq je. Tu pon, Sifu Moher aje yg dapat... otai pakai umpan hidop tapi. Casting semua tak menjadi (Casting ni is when kita letak umpan mati, and then campak ke tengah laut... lepas tu tarik balik slow slow... dengan harapan Tenggiri akan membaham).

Lepas dah makan gulai tomeh (ikan fresh) Pak Halim... kitorang tukar gi Tuas lain. Nama dia apa pon saya tak ingat. Kat situ, saya rasa insya-Allaah leh dapat ikan kot? :) Tunggu nye tunggu nye tunggu... last2 sekali menjadi. Saya dapat tiga ekoq tenggiri. A new personal best for me... sebab trip sebelum ni dapat 2 ekoq je. And saya seronot gak, sebab dapat semua melalui teknik Casting! Sifu Moher kata kalau dapat melalui casting lagik ok compared to umpan hidop! .... Ntah le... saya tak kisah pon, cuma bersyukur pasal dapat tarik naik 3 ekoq Tenggiri :D Alhamdulillaaah... idok le jadik bangau dari pagi sampey ke petang (Bangau ni term Encik Azrul Hazri bin Jantan yang cipta. Maksud dia ialah... tak dapat hasil tangkapan, mahupun ikan, udang atau sotong kurita).

Anywayz, in all kami dapat 8 ekor for the day. Dan Encik Khalil dapat yang paling besar! Dalam 5-6 kg kot ikan tu!

Lepas dah sampai ke darat, kami pon bahagi2kan la sama rata. Saya n de geng dapat 1 ekor & 1 kepala :) So ok gak la. Tak la penuh sangat fridge :D Dan pada masa yg sama, tak la sikit sangat.

This trip was a good one. It was also the last for En Khalil, sebab lepas ni dia dah balik KL? Masters dah abish.

Anywayz, insya-Allaah, kalau ada masa n peluang, saya ndak gak g lagi mancing tenggiri ni. Best lawan ngan dia, n best naikkan dia. Yang paling best is bila makan dia of course :D Isi sodap! N kurang tulang!!! :D

Okes. Nanti saya upload gambar later. La ni takdak kemra. Tertinggal kat umah. :D

Orrrait! Assalaam aleykom WBT

Kursus PDT001 - Pacing Di Tuas for Beginners (by Beginners :P)

(Entry ni nampak saja panjang... Tapi sebenarnya banyak gambar je lebih. Tu sebab scroll-bar kat sebelah tu nampak cenonet je :P So, jgn risau ye para pembaca yg budiman/budiwoman)

OKES! It's (going to be) fishing time again, insya-Allaah!!! And as usual, lesen daripada Ma'am Nor Shazwan dan Miss Nadiah Farhanah dah dapat :D Biasa laa... orang dah kawin n ada anak :) Kena apply 'lesen-memancing' in advance!!!

Oleh kerana saya pun rasa macam syok je nak g mancing ni (insya-Allaah), meh saya kongsi sikit ilmu menyediakan rig ataupun set utk pergi memancing ikan Tenggiri... yeous, it's Mackerel time!!! (Walaupun ada kebarangkalian dapat ikan2 lain seperti haruan tasik dan Marlin).

Ok... kat bawah ni ada DUA gambar set mata-kail yang sudah saya siapkan. Yang ada batu ladung tu ialah utk umpan mati... yang pendek sikit sebelah dia tu yang jenis utk letak umpan hidup. Hari ini saya kepingin utk menceritakan bagimana saya menyediakan yang untuk umpan mati... sebab kalau dah tau buat yang tu, utk umpan hidup pun insya-Allaah beres... :)


Mari kita mula meng-eksplen ya :)

OH! Btw... saya ni sebenarnya beginner gak dalam dunia pancingan ni, jadi banyak terms dan jargons yang sesat-barat... saya banyak main hantam tulis je. Oleh yg demikian, kepada pemancing2 yg sudah berpenglaman, saya mintak maap in advance ya. Harap2 buleh perbetulkan apa2 yg salah. Hehehehe.

Ramuan-ramuan yang diperulkan...

1) Leader Wire Set - Ini tali besi campur tali pancing. Macam mana dia orang campur saya tak tau. As a matter of fact, campur ke tak pon saya tak tau. Yang saya tau, dia mmg ada elemen besi :) Oleh yang demikian, benda ni mmg sesuai utk dijadikan 'TALI' bagi set mata-kail utk menaikkan tenggiri. Set dia patut ada WIRE, dan jugak beberapa logam peng-KLIP kecik tu.

2) Batu Ladung - Ok... saya tak tau dia saiz apa :) Jadi saya comparekan dengan bateri AA. You all buleh budget la kand besar mana ye dok :)

3) Manik!!! - Saya guna manik yang kekecik. Ini wife saya yang belikan khas utk tujuan membuat set mata kail tenggiri. Sayaaang bini aku!!! Muuuaashh!!!! Hehehehehe. Ada jugak orang guna yg macam batu tasbih tu ha! Ikut suka hati la kot, sebab kawan saya kata, benda ni buleh digunakan utk membuatkan set mata kail kita tu lagi disukai dek ikan! Insya-Allaah.

4) Propellar/Spinner - Rasa2nya ini la kot nama dia. Sebenarnya, dalam gambar ni, spinner2 ni dah dibukak dari wrapnye. Sepatutnya ada satu besi kecik yg go thru the spinner... macam tulang belakang dia. Namun, utk kengunaan design set saya ni, tulang belakang tu takyah pakai. Jadik saya dah buang. TAPI! Manik2 'emas' saya tak buang, sebab nak guna utk mencantikkan set :)


5) Mata Kail (saiz 11) - Haaaa... kenapa kena ada 3? Sebab nanti, kita akan cangkukkan satu kail pada EKOR umpan, satu kail pada BADAN umpan dan satu lagi kail di bahagian MULUT umpan. Itu pasal tiga. And umpan selalunya ikan kembong borek! :D

Okes... ramuan2 dah setel. Sekarang saya akan pergi ke step2nya :)

Cara-caranya ialah:

1) Ikatkan mata kail (satu per satu) pada leader wire. Buatlah sampai jadi macam dalam gambar ni ha. Ikatan jenis apa saya pakai? Haaaa... Ntah le. Saya main hantam kromo je. Yang saya tahu, saya masukkan satu hujug tali dalam lubang kail, kemudian yang bahagian badan leader tu saya gulung2 kan kat mata kail... dan setersunya saya masukkan hujung leader wide satu lagi ke dalam lubang mata kail tu balik... teruskan sampai 3 mata kail :)

2) Letak sedikit manik utk hiasan (biasa la, hiasan2 ni kan ke utk menarik perhatian?)

3) Letakkan batu ladung... dan beberapa bijik manik lagi :) Utk set ni, I am going crazy with de maniks. Hehehehe. Harap2 tak le lari ikan...

4) Masukkan satu manik 'emas' dari set asal propellar/spinner terlebih dahulu... Kemudian masukkan propellar/spinner. Make sure ianya dalam keadaan boleh berpusing macam helikopter... Lepas tu, masukkan manik 'emas' dari set asal propellar/spinner supaya ghupa cam dalam gambar kat bawah ni. Sebab saya dok gila manik masa ni, saya masukkan sampai ntah berapa... Hehehehe. Kalau ikut sifu saya, letak dalam 5-6 manik je. Saya letak dah sampai 10 (or lebih?) kot?!!!

5) Okes... nama besi kecik ni saya tak tau apa... tapi MAKE SURE masukkan dulu. Sebab nanti ianya akan digunakan utk meng-KLIP kan leader wire supaya tidak tercabut!!!

6) Bulatkan leader wire... so that ianya boleh dimuatkan kelak, ke dalam swivel pada rod memancing. Swivel tu apa? Hehehehe... cuba nengok kat Google! :D

7) Ketatkan!!! KLIP kasik penyek itu besi peng-KLIP! Insya-Allaah, buat la dalam 2-3 penyek-an. Wire leader tidak akan terburai dengan izin Allaah :)

DAH! Settle! Alhamdulillaah!!! Kira ok gak rupanya ye dok? Design ni saya belajar dari En. Azrul Hazri bin Jantan... dan beliau pulak belajar dari taukeh kedai pancing... En Ah Peng bin Jaapar (kidding bout the bin Jaapar part).

Yang ni pulak, set yang kedai pancing (TCE... lagi satu punya... bukan Ah Peng) jual! Dia orang kata yang ni TOP! NUMBER 1!!! Ntah le... saya pun tak pernah pakai.

Tapi kan, kalau dok sebelah2 macam kat gambar bawah ni... yang mana satu korang beli? Kekekekekekeke...

Anywayz... syok jugak buat set mata kail Tenggiri ni kalau dah reti. Sehingga sekarang... saya dah buat a few :) Dan oleh kerana saya bukanlah "kaki" pancing... maka saya sempat la buat sendiri punya. Selalunya, orang kata la... kaki2 pancing Tenggiri ni suka beli je set kail dia orang. Annnywayz.... Yang bawah ni ialah hampir kesemua set kail Tenggiri yang saya ada :) Ada a-couple yg dah tak ada... gi mana ntah? Misplaced kot?

Bawah ni pulak, teknik yang En. Khalil bin Zubir ajar :)
(Satu cara utk menyimpan set dengan selamat)

Oleh kerna trip adalah pada hari Isnin ni (insya-Allaah 14 January 2008), maka saya masukkan lah set2 ke dalam tackle box saya. Box kena cuba kemaskan sedaya mungkin... sebab nanti nak carik barang insya-Allaah senang.


As for peralatan "wajib" lain... ok. ROD + MACHINE :D

Ini ialah rod X-PUYU (local brand) yang akan saya gunakan. Tak mahai pon, dalam RM40-50 je. Member2 lain beli yang lagik branded, macam En. Khalil... dia bantai ABU GARCIA!!! Tu dah kira macam brand NIKE dalam dunia pancing :P



Dan kat bawah dia pulak, gambar 'machine' OKUMA milik sepupu saya yg baru masuk uni. TQ Syamir Hayan kerna kasik aku rembat kau nye machine... Hehehehehe... Okuma ni orang kata mmg branded... tapi saya pon tak tau harga dia berapa. Mahal gak la kot? :D

Saya mmg rasa agak seronot nak g 2nd trip ni. Looking forward gak la nak lawan mabok laut yg telah menjinakkan saya dalam trip sebelum ni. Harap2 tak muntah2 lagi... Hehehehe... LAWAN ALPYAN!!! LAWAN!!! Looking forward gak nak jumpa korum2 yang pergi gak trip dulu... mereka2 ialah (insya-Allaah):

1) SIFU Mukhir
2) Azrul Hazril Jantan
3) Khalil
4) Akhmal
5) Pak Anjang Akhmal - tak g trip dulu, tapi dah otai dalam dunia mancing
6) (Alpyan)
7) Pak Alim? (Awak2)
8) Pak Chot? (Tekong!)


Baiklah :D


Wahai rakan2 saudara2 pembaca... sudi2lah doakan keselamat kami semua ek? Plus doakan gak naik banyaak sket tenggiri... nanti baru la trip berbaloi (RM80 sorang gitu). Dan kot2 ada rozqi, sapa yang ada mai dekat2 area Nibong Tebal... buleeh saya kasik tenggiri fresh dari laut, yang isinya manis bak Cloud-9!!! :D

Okes... Moga2 semua goes well, insya-Allaah.

Penantian untuk bertarungggg...
(Set dalam state Standby... kat satu penjuru rumah Nib Tebal)

Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by