Search The Web With Google

Custom Search
   




Alfian on Facebook | Create Your Badge

Naik bot ke Pulau Aman

Ini post pasal Pulau Aman lagi. Actually, sebelum ke Pulau Aman tu sendiri, kami akan melalui jeti dan menunggu bot utk ke pulau. Bot yang bertugas utk membawa para pelancong (dan juga penduduk pulau yg takde bot sendiri agaknya) patutnya akan datang 1 jam sekali. Tapi, yang saya nampak... memang macam based on 'demand'. Kalau ramai orang tunggu kat jeti, maka bot pun akan datang. Tambang dia? RM3 utk trip pergi-balik for an adult. Oleh yg demikian, saya di charge RM6 utk saya n insteri. Nadiah Farhanah, Alhamdulillaah, dia orang tak chas, pasal bebudak cilik lagi :D

Boat trip tu memang betul2 dinanti2kan oleh cik Nadiah kita. Siap mention bebanyak kali lagi dia nak naik bot. Lepas tu pulak, ada satu chinese family ni (ada dalam salah satu gambar kat bawah) terkejut dengan gelagat Nadiah, di mana beliau telah melompat turun dari bot ke atas jeti di sebelah Pulau Aman. Mak bapak cik Nadiah pon terkejut sekali, sebab dari bot ke jeti tu, ada la dalam 3 kaki (kot?). Hehehehe. Jadik, sekarang saya tau yang anak pompuan saya ni ada tokoh utk jadik jaguh lompat tinggi kebangsaan dan antarabangsa suatu hari kelak.
(Ni nak kena fikir siap2 ni baju atlit yg tak terlalu ketat dan menutup aurat. Hehehehe. Sebab kat olimpik kan ke dia orang selalu pakai yang ala2 swimming suit tu je :P)

Anywayz, below adalah beberapa gambar yang sempat saya snap... dari sebelum naik bot (kat jeti), di atas bot, dan juga beberapa gambar di pulau :)

Okes :) Harap2 enjoy nengok gambar :D

Assalaam aleykom WBT dan Salaaam Sejahtera.

Tengah tak sabar nak naik bot
Posing2 Bergambar dengan friendly chinese family
Pandangan jauh Pulau Aman
Seronot naik bot
Pemancing2 yg menuju ke "jeti pemancing"
Jeti pemancing
Makhluk2 pemancing
Pandangan jauh "jeti pemancing"
"jeti pemancing" lagi
Gambar seronot naik bot lagi (camne leh terpaste kat sini pulak... tak ikut urutan...sorry :D)
Gambar seronot naik bot lagi (camne leh terpaste kat sini pulak... tak ikut urutan...sorry ke-2 :D)
Gambar seronot naik bot lagi (camne leh terpaste kat sini pulak... tak ikut urutan...sorry ke-3 :D)
"jeti pemancing" dari jauh
Menggunakan kemra water proof utk amik gambar
Sekolah Kebangsaan Pulau Aman
Gambar2 bot parking
Laluan ke laut melalui dua pulau
Perkampungan Pulau Aman

Pulau Aman & Pemancing Kanak-kanak


Saya pun tak tau apa nak tulis... oleh yang demikian, saya letak kan sahaja beberapa gambar ketika kami bercuti ke Pulau Aman utk tatapan anda2 seklian :) Highlight di sini ialah pemancing junior kita, Nadiah Farhanah bt Alfian. Hehehehe. Harap2 tak jadik kaki pancing la anak aku ni, kalau tak PARAH mak n bapak dia.

Assalaaam aleykom WBT dan Salam Sejahtera





Miss Fotographer

A few months ago, anak perempuan kami mula belajar bermain dengan kamera digital. Memula, mmg dia main snap aje gambo. Tapi, selepas beberapa sesi 'latihan', nampaknya macam Nadiah Farhanah dah mula belajar cara 'hampir' betul nak ambik gambar.

Dulu memang gambar jari dia je la yang di-output-kan. Tapi sekarang ni, Alhamduillaah dah ada improvement :) Berikut merupakan beberapa imej yang ditangkap oleh beliau.











Bunga Kunyit + Daun Limau Purut + Mee Bandung

Assalaam aleykom WBT dan Salaam Sejahtera :D

Dari cerita pasal SAF solat, kepada cerita pasal pokok2 di ghumah sewa saya.

Sepertimana yang beberapa pembaca sedia maklum, dekat rumah sewa saya (di Nib Tebal) terdapat sebuah orchard mikro (sebab dia lebih kecik dari mini). Di situ kami tanam cili (yang rupa2nya mmg cili padi, tapi saiz beso sket), daun kesum, daun kari, daun pudina dan sebagainya.

Pada kali ini, saya nak berkongsi gambar satu bunga, yang mmg agak cun! Dan memang kalau saya la, baru first time tengok. Selalu dengar orang cakap je. Tapi kalau nak tengok, ni baru first time. Semua ni lepas isteri saya, Madam Nor Shazwan, tersedar yang pokok kunyit kitorang dah berbunga. BUNGA KUNYIT? Ada ke? Saya pon tekujat gak le... kok kunyit ada bunga? Bunga nya kuning la gamaknye... pasal pokok kunyit.

Tapi andaian saya meleset sama sekali, apabila kaler yang saya nampak ialah putih2 campuq hijau2 malap sket :) Hehehehe. Jadi, kepada sesiapa yang tak pernah nengok bunga kunyit... maka inilah dia.... :D ... . Bini saya pon first time kot nengok?

Oraitt... Arigato...

PS:- Yang gambot2 lain tu skadar hiasan dan utk memenuhi syarat 'title' blog pada kali ini :D

Bunga kunyit
Bunga kunyit lagi...
Bunga kunyit belakang putik kunyit
Mee Bandung... banyak siot :)
Tak abis sebab banyak sangattttt
Daun Limau Purut... dah banyak dah dia tumbuh.

SAF lagi :)

Gambar diambil daripada http://muslimz87.blogs.friendster.com/photos/kem_solat_smkt_2007/100_1111.jpg

Soklan ni saya rasa macam pernah nak tanya... tapi macam tak pernah tanya kot? Ke dah tanya? Hmmm... takpa... tanya lagi.

Okes. Ni dari segi SAF solat... lagi sekali :) Kita selalu dengar ceramah2, even ada sekali tu KHUTBAH JUMAAT ada cerita pasal kebaikan saf. Saf depan tu is da best ye dok? Sapa yang dapat solat situ, mmg akan dapat ganjaran macam mana ntah... saya tak ingat. Tapi Nabi cakap it's da best place to solat la.

Soklan saya...

Selalunya, kalau lepas2 Azan tu, saya perasan la... ramai orang2 Malaysia kita akan solat sunat dulu (which is good)... tapi ramai yang akan solat kat saf2 belakaaang... dan sikit sekali solat dekat saf2 hadapan. Tapi tu takpe la... since baru solat sunat. Tapi in the end, bila it's time for solat Fardhu tu... cukup slow utk memenuhkan ruangan depan... Ramai lebih suka mengisi ruangan belakang... dan membiarkan ruangan depan diisi oleh para foreigners (kalau kat USM la) dari Iraq, Bangladesh, India, Pakistan dan Gohead-Gostan :)

Namun, saya tetap cuba berfikiran positive dengan membuat beberapa andaian:

  1. Ramai yang tak nak ke saf depan tu ialah orang2 muda. Paling2 tua pon saya rasa dalam 40. Jadi, mungkin mereka memberi jalan kepada pakcik2 yang lebih tua utk mengisi ruangan saf first. Ye la, pakcik2 ni, kalau ikut kiraan norma, tak lamaa lagi nak hidup. Jadi kita kasik dia cekup pahle banyak2 sebelum kembali ke Rahmatullaaah.
  2. Bak kata satu riwayat hadith (tapi tak sure Dhaif atau Sahih), "Sebaik2 Manusia Ialah Mereka Yang Banyak Memberi Manfaat Kepada Orang Laiiinnn". Jadik, di bagi la orang lain dok saf depan sebagai tanda memberi manfaat kepada orang tu.

Ni mungkin je laa. Macam saya kata, ni andain2 saya je :)

Tapi tu la... just nak tanya kot2 sapa yg lebih arif...

Bukan ke patot kita cuba dengan sedaya upaya utk serbu itu sauf depan? Dan lepas tu of course rapat2 kan serapat mungkin dan straightkan se straight mungkin?

Sebab dari apa yang saya faham dari khutbah hari tu, Tok Imam kat mimbar tu dok kata gitu la. Dia dok cerita pasal, kalau orang tau la pasal ke-BEST-an sauf depan ni, nescaya dia orang akan berebut or something like that. Wallahu alam :)

Anywayz, ni lagi sekali ialah pemerhatian saya di mesjid serata Malaysia. Yang selalu fill sauf depan ialah seperti biasa, golongan foreigners. Dan tak ramai orang kita yang berebut nak dok sauf depan. Ntah la... kot2 macam kes duduk dalam dewan atau kelas la kot. Sapa dok paling depan ialah mereka2 yg paling skema :) Orang skema ni tak cooool :P

Tapi kalau sauf depan tu paling best pandangannya di sisi Allaah... maka saya rasa kalau pengorbanan yang harus dilakukan ialah mendapat gelaran skema... then why not ye dok? Apa kata surveyyyy...?

Anyway, inilah dia entry saya pada kali ini :) Siapa2 tau dengan lebih arif mengenai perkara ini? Sila kemukakan... tapi, seperti biasa... jgn lah sebarkan ajaran Ayah Peng bin Jaaper. Hehehehe...

Assalaam aleykom WBT

Gambar Dalam Bilik

Sepertimana yang di-demand oleh En Md Nabil Ahmad Zawawi Nordin ... maka saya post kan gambar di dalam bilik asrama saya. Oh, btw, nombor bilik dia ialah A-9-21 :D Makna nya, BLOK A, Tingkat-9, Bilik-21 :) Jemput2 la datang ye... tapi kena bawak KFC atau McDonald sebagai cukai pintu :)

Tapi biasa la... nak fokus susah sket pasal takde angle nak ambik gambar. Plus roomate saya dok tengah tidoq lagi masa saya amik gambar2 ni, maka saya tak berani nak buat2 bising naik kerusi ke naik meja ke (utk dapat angle yg lebih cun)... jadi saya main amik apa yg terdaya aje la :D

Berikut merupakan gambar2 bilik Asrama Desasiswa Restu (M01) A-9-21 :D

Lif yang membolehkan saya naik ke tingkat-9
Setiap stop menghubungkan 2-tingkats. Stop saya boleh access tingkat 9 dan 10
Banyak gilos lorong2 nak ke bilik. Buleh sesat kalau 1st atau 2nd atau 3rd time :)
Pandangan tilam, meja dan tingkap
Inilah salah satu set comforter yg isteri saya cadangkan. Lawa gak ye? Pandaiii bini aku pilih. I Lub U Ayangzzzz
Meja tulis dan rak buku. Saya mmg tak guna sangat la rasanya. Buat kerja semua di lab
Gerobokz. Cukup utk letak baju dan beg dan barang2 lain yang sewaktu dengannya
Buah kelapa muda, roomate sy punya. Dia baru lepas minom kot?
Pandangan keluar tingkap. Parking moto dan moto dan moto dan kereta
Asrama perempuan :) Dilarang teropong...
Saujanaaa Mataku Memandanggg...
Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by