Search The Web With Google

Custom Search
   



Alfian on Facebook | Create Your Badge

Omelette

Pagi tadi, saya jadik 3/4 terlebih rajin. Pergi ke dapur, bajet nak makan kot2 ada benda yg dah tersedia. Tengok ada roti, mentega, kaya dan jem. Hmmm... Apa kata kita coba masak? Lalu saya pun cuba lah masak.

Apa yg senang masak... pada masa yg sama buleh mengenyangkan? TELUR!!! Maka saya pon ambik lah 4-biji telur ayam (yang telah dibasuh oleh isteri terchenta). Letak atas meja. Lepas tu ambik tomato separuh bijik, lobak merah a.k.a. carrot sepanjang jari kelingking, 3-ulas (ulas ek?) bawang putih, dan sebijik bawang merah halussss sangat. Owh... dan sebijik cili (cabai hidup). Kasi potong semua ingredients tu halus2... yang mana cili tu saya buang semua bijik dan ricih halus2 menggunakan pisau yang dibeli di Tesco :)

Saya ni tak pernah belajar memasak... tapi agak2 je la benda apa yg nak dibubuh dulu. Mula2 nak bubuh bawang putih n merah dulu... tapi pikir2 balik, kang hangit pulak! Lantas, saya masukkan carrot dulu, diikuti cili, diikuti bawang putih dan merah, diikuti tomato :) Setiap ramuan dimasukkan selang beberapa menet... :) Kasik masuk garam sikit, lada hitam sikit, dan serbuk jintan manis sikit.... Rasa2 mcm sudah masak... kasik PUKUL 4-biji telur... dan kasik masuk dalam itu frying pan juga lah! Carik2 cheese sikit, tabur2 mengikut kehendak kendiri :)

Sebab saya 3/4 rajin, lepas satu ketika tu... isteri saya datang. Dan dia la yg tulung saya settlekan telur omelette tersebut sehingga masak :) Dia jugak amat baik hati dan tulung saya basuh segala apa peralatan yg saya gunakan utk potong2 dan masaaak. I Lub U lah laling... :)

Anywayz, itu saja la ceritanya. Omolete Jawatroxion Dot Blogspot Dot Com :D T kasih kerna membaca iya. Assalaam aleykom Warahmatullaahi Wabarakatuh.

Yang ni je sempat amik gambar...

Hasil masakan. Mcm bulan sabit la pulak iye tuan?




1 comments:

sumpit said...

hari tu aku pecah telur, dpt 2 yolk. Yuck, tp mkn gak, maybe twins kot.

Smlm aku pecah lg telur from the same carton, skali 2 yolk. Sbb time tu aku nak poach 4 bijik, aku pecah la 4-4 skali. And guess wht sume twins!

Geli gile, ni sah bio-engineered eggs gone wrong ni.

Tp aku mkn jela, sbb tak nak bazir. Harap2 aku tak tukar jadi mutant!

Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by