Search The Web With Google

Custom Search
   




Alfian on Facebook | Create Your Badge

Persediaan Berangkat Tuan Puteri Pucuk Kelompang

Salah satu benda yang saya agak suka buat ialah... jeng jeng jengg... me-readykan anak saya Nadiah Farhanah binti Alfian bin Abdul Halin bin Hamid bin Mertemenawi (macam ni la Ija nama penuh famili Halin. hehehe).

Selalunya, pepagi, inilah rutin (hampir) harian saya. Tapi kadang2 mak dia readykan dia jugak. Kira sama-sama la kasik ready ini budak utk ke sekolah Tadika Tahfiz An-Nur (yg quite over priced by the way :[)

Okes. Mula-mula... inilah dia si pemandi...


Tidor

Bangun!!!

Lantas, saya mengambil Farhanah, dan kasik dia mandi. Gambar2 mandi tak buleh la letak sini, censored! Kueng kueng kueng...

Lepas dah mandi, beginilah rupa Cik Nadiah kita. Berkemban ngan tuala, dan mempunyai sifat2 malu. Baguss anak aku. Hehehehehe...



Lepas tu, saya pakai kan pampers dia. Kitorang guna brand Pet-Pet, pasal macam ok je brand ni. Dolu2 guna Pampers. Tapi since pampers ni jenis yang pelekat dia buleh guna sekali saja, plus macam kecik sikit saiz 'L' dia, maka kami berhijrah ke Pet-Pet :D Macam nama crush lama bini saya... Petq. hehehehe :P Anywayz...



Dah settle tu, kami pun akan memilih baju. Cik Nadia ni suka pilih baju sendiri. Kadang2 yang kita pilih dia tak ndok! Dia ndok yang dia pilih jugak. Walaupun baju tu baju tidor utk waktu malam. Kadang2 nak cepat, kasiik je la dia paka. But most of the time tak le... Apa ke buang tebiat pakai baju tido gi sekolah.



Lepas baju dah pakai, tiba lah pula masa utk mendandan rambut Cik Nadiah Farhanah kita. Oleh kerana bapak dia ni dulu kerja kat Salon Vidal Sasong Sanggyong, maka beliau mahir dengan pelbagai sytle dan trend2 rambut terkini, dan juga zaman akan datang. Kalau bagi sikat kat bapak dia ni, mmg macam2 fesyen akan keluar. NAMUN! Kesemua style dan fesyen rambut ini tidak akan ada guna... jika tidak diluluskan oleh pelanngan itu sendiri... Di sini, pelanggan (tidak berbayar) saya ialah Cik Nadia la... Berikut merupakan fesyen2 rambut terkini yang terdapat di pasaran saham rambut.







Sepertimana yang saudara saudari lihat, fesyen2 rambut yang ditunjukkan mmg habis terkini dan mengikut trend new york dan london dan paris (macam iklan rokok dunhill la pulak). Namun, oleh kerna tidak diluluskan oleh tuan empunya rabmut... maka fesyen agak konservatif terpaksa diapplykan :) Jadi gini la rambut dan rupa akhir dia... ok gak la ye dok :D



Tapi bila kasik tau ini rambut style zaman nabi Adam... muka dia jadik gini la pulak...


(hehehe. cah je tu. dia tak la tensen rambut siviken. Ni saja2 bapak dia soh buat muka terkezoot).

Ni gambar Farhanah dah siap 98%. Sebab belum pakai beg dan kasut (lagi 2%).



Dah ready semua, kami pun turun la ke bawah. Kasik tuan puteri makan... TV breakfast lagi...





Dia budget nak gi school naik beskal. Uuuiiit. Tak buleh. Jauh, plus bahaya sebab kat sini banyak gak mat mat rempit yang berleluasa. Jadi, tak pe la. Kasik dia main beskal japs, then hantar la gi school. Inilah Farhanah lepas dah siap mandi, pakai baju, pakai beg, pakai selipar dan settle TV breakfast :) Dan, secara amnya, kerja bapak dia utk me-readykan anak dia selesai utk satu hari :) Esok, insya-Allaah, buat lagi. Mungkin mak dia pulaaak. Hehehehe. Tapi mmg selalu mak dia pon. Bapak dia malash sket... sekali2 buat, amik la gambar :D Okes, mari buat PhD...

Assalaam aleykom WBT dan Salam Sejahtera.


SELINGAN MUSIK DAN IKLAN:

Gambar Gulai Ikan Saya Masak - Beginner Lagi. Ada rasa gulai, tapi kurang best berbanding gulai En Azrul Hazri Jantan.



Bagi mereka2 yang tahu sejarah Jawa Troxion, ini merupakan kraf-tangan kegemarannya pada tahun 1993-94 :D



Sekian, terima kasih :D

12 comments:

dLyn aZmi said...

hmm bapaknye ade rambut ke untuk di dandan? hehe

MRM said...

I looove the third hairstyle!!! Sesuai la dengan Cik Farhanah!

Nanti kalau aku nak rambut jadi itu macam 3rd hairstyle, salon ko yg mana aku boleh pergi ya En. Pian?

Ahmad Javanese said...

Dlyn: Ada ooooo rambut bapak dia ni. Lebat lagi. Cuma tak berapa nak lurus dan susah nak didandan. Believe me, I had plenty of practise. hehehe. Tapi sikat sana, sikat sini, dia mesti tamau dengar cakap. Last2 sekali Allaah pertemukan aku ngan style skin head. hehehehehe. Ok la tu. Alhamdulillaah kpala aku kena gak ngan style ni (btw, Mawi yg tiru aku... n not the other way round) :P

M2RS: Haaaa... aku pon berkenan gaks. hehehehe. Kalau mau style macam tu, senang jeee.. aku leh buatkan. Hua hua hua! Tapi since haraaam bermain2 ngan rambut pompuan bukan muhrim, maka kau sendiri pon buleh buat. Just sepahkan mengkikut kehendak hati ketika rambut suku-hingga-separa basah... Lepas sudah puas hati, berhenti... :D sesuai utk fesyen ketika dirumah dan di dalam dapur atau eksersais atas treadmill sambil tengaok sitcom kegemaran :D

Norliana Abdul Rahman said...

apsal aku x nampak gambar nih!!! stooopid bank!!

Nabil said...

Yg last tu ape? Dinaso ke?

Ahmad Javanese said...

konot: Bank dah blok kot :(

eon: Itu dinasour, dibuat menggunakan Cloud-9. :) Cekelat dinasor... brontosaurus kot... kalau betul la nama spesis dia :D

sumpit said...

aku baru je nak cakap, tp mas dah cakap dulu.... betul la style ke-3 mmg cool, sesuai cik nadia.....

and the dinosaur tu.... bukan cloud 9 ada ketol keras kat tgh2 tu...terenya ko buat, nanti kena bukak kelas kraftangan ni...

Ahmad Javanese said...

ada ke ketui2 keras? BTW, aku uli je macam uli tepong. Lepas tu buat la bentuk apa pon. Cuma pastikan tangan anda benar2 bersih... sebab last2 sekali makan jugak :D Bukan buat hiasan. kang tak pasal2 bersemut je umah :[

Sazly Salfarina said...

Dinosor ke tu, ke ko cube buat patung barney nak bagi cik Farhanah main?

Susohnye aku nak gunting rambut kat sini... mahal gilos. Mau aku simpan rambut panjang cam cik Farhanah Gambaq ke-3 tu. Lawa tuuuu...

Ahmad Javanese said...

betul tu. mmg mahal. aku zaman2 masters dulu sekali gunting AUD20. tu yg simpan panjang. tapi lepas tu, since takleh nak urus rambut, tarus kasik skin head. :)

princessren said...

alahai nadia.. dah besar dah.. comel nyer muka... she's gonna crush lots of hearts biller dah besar ni :)

Ahmad Javanese said...

hehehe. Mary Ann!!! Lama tak dengaq citer. Weh! Asal ko tak angkat aku tepon kau ari tuhs. chizz.. tapi takpe. btw, thanks for the compliments. :) Heart Crusher? takpe, aku ajar dia jadik BONE CRUSHER sekali, kalau laki2 jahat kacau dia, tarus dia leh kasik karate sampai coma 14 minggu :)

Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by