Search The Web With Google

Custom Search
   



Alfian on Facebook | Create Your Badge

Tak boleh tidur dan Euro 2008

Semalam, saya tidur awal. Plan asal nya ialah, lepas balik dari lab dalam lepas maghrib tu, saya dan roomate dan pegi makan malam. Tapi ntah macam mana ntah, tengah dok layan TV kat bilik tu, saya tertidoq! Tidoq mati pulak tu! Maka kenalah roomate saya pi makan malam sorang. Hehehehe... Sori maat.

Anywayz, oleh kerna saya tidoq awai (dalam pukui 8 lebih kot?), saya terjaga di awal2 pagi... yakni jam 1 lebih. Oleh kerja saya belum solat isya', maka saya pun pi la amik ayor semayang dah semayang la seround... Tapi lepas tu, hehehe... tak buleh tidoq la pulak.

Selepas beberapa aktiviti yg tidak perlu diberitahu (hehehehe), dan juga selepas beberapa percubaan tidor... saya dapati mmg macam tak buleh nak tidoq. Oleh yg demikian, saya buat keputusan utk pergi makan Maggi Sup di mana2 kedai mamak yang berdekatan.

End up, saya pi PELITA nasik kandaq. Salah satu restoren mamak yang ada big screen, dan jugak on the way ke air port Bayan Lepas. Oh, and dekat jugak dengan rumah En Cikaro Kiroro kita :D Di sana, saya TER-layan Euro 2008, GERMANY vs AUSTRIA. Saya sempat layan first half saja la. Larat2 tu, rasa2 macam larat. Tapi takut lambat sangat balik satni, esok langsung terlajak subuh n bangun lewat. Jadik, saya pon balik la lepas first half :D

Alhamdulillaah, sampai bilik, mata dah mula ngantuk. Tapi sempat gak saya layan lagi sket German vs Austria kat NTV7 :D Masa tu BALLACK dah score sejibik! Punya la kuat dia tendang bola tu! Sampai tak tertahan goallie Austria tu. Lepas tu masa replay tu tunjuk muka si Ballack! Punya la bengis dan bersungguh sungguh... Teringat saya kat player Malaysia... teringat juga muka Khalid Jamlus yang mana muka main bola dia macam mat lalok telan ikan patin. hehehehe... Anywayz... itu saja cerita. Takda apa pon sebenaqnya. Saja nak cerita kat Blog. Dan seperti biasa... ada la gambar2 yg saya snep :D Layaaaan.... Assalaam aleykom WBT...

Pelita Nasi Kandar (TERMASYHUR 24 JAM), dan gambar Sarbegeth Singh
Gambar mamat ni lagi... tapi kali ni takde muka Shebby Singh
Patrons kedai mamak. Masa ni tak ramai lagik... match lom start
Ni lah MILO TARIK saya... RM1.50!!!
Resit makanan... MAGGI SUP RM3.00, MILO TARIK RM1.50 X 2 *yg second belum order lagik masa ni :D
Isteri yang ngikut suami layan bola :) Ke terbalik? Silap2 bini dia kaki bula :)

9 comments:

m2rs said...

Yang aku suka tu Pelita ke Khaleel ek, lupa la plak. Anyway, nasi kandar?...*drools*...

Alfian_Troxion said...

Aku rasa Pelita kot? Pasal nasik dia macam mild n best... tapi tu la... camne kita betul2 nak define... sebab aku rasa, walaupun cawangan sama... tapi tukang masak sah2 lain2 ye dok? Ke dia orang masak kat headquarters lepa tu distribute ke branch? macam tak je ye dok?

anyway, hari tu aku ngan azrul makan kat Pelita Juru... sempoi :D

m2rs said...

Oh ok, aku dah ingat! Kalau pi Penang mmg aku confirm akan singgah Khaleel nasi kandar kat Gurney drive sbb nasi dan lauk-pauknya sgt la sedap. Kalau kat KL / Kajang baru pi Pelita or Maulana.

Ha ha, masak kat headquarters? Tu mungkin gak la, tapi dia ikut state la kot :P

Ha July ni aku kena pi Penang nak habiskan voucher hotel, yeyyy, boleh jalan2 cari makan lagi! (Errk, naik lagi la badan aku ni...sigh)

Alfian_Troxion said...

jalaan je minah ni... ni nak masuk kategori buat aku jeles la ni. ong buat kije, dia jenjalan. :P macam Dlyn Azmi yang sekarang kat position no.1 list aku

hua hua hua! :P

anywayz, nanti ko ke penang, maka belanja la aku nasik kandaq. hehehehe.

EyesOfNabil said...

ko itamkan mate diorang tu..aku terbayang macam org kena tangkap khalwat je la..wahaha

Jawa Troxion 2 said...

khalwat la plak. tp ni kira khalwat halaal ni. Provided dia orang ni laki bini la. hehehehe.

Arin said...

ye ar alpian..ader ke ko itamkan mata diorg..cam statement " tidak disabit lagik dengan pepe kesalahan "..kehkehkeh...so..mlm nih layan bola kat ne lak?

:: azrul hazri jantan :: said...

Mas mau datang penang ka?..boleh aku ngan pian bawak pi mancing.. hua hua hua :D kalau ada masa nanti boleh jumpa minum kopi kat queensbay mall ;)

Mamat..jom aa mamat,sebelum aku "terkurung" dalam pulau nie,bawalah aku pi makan di Pelita Juru.. haha..

landen said...

yg gambo first tu...commentary dia amat membosankan :P org nak nengok bola..bukan ckp huhuhu
tapi better la dari anak rawop tu kot

Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by