Search The Web With Google

Custom Search
   



Alfian on Facebook | Create Your Badge

Macam Vagabond pon ada jugak iye?

Assalaam aleykom WBT dan Salam Muhibbah...

Hari ni ingat nak tulis pasal bilik baru saya. Sekarang mmg confirm saya seorang nomad... yang hidup berpindah randah. Ok... idok la pindah randah setiap minggu atau bulan, tapi masuk kali ni dah 4 kali saya berpindah. Yang first, dari tingkat 9 asrama Restu ke tingkat 8. Lepas tu naik balik ke tingkat 10. Then, saya dan keluarga berpindah dari rumah No.25 Lorong Ilmu 11 ke rumah No.24 Lintang Ilmu 1 (Nib. Tebal). Sekarang, saya berpindah pulak dari tingkat 10 Restu ke asrama BAKTI/PERMAI, bangunan H-16, bilik 006 :)

So, utk manusia biasa, mmg kiranya buleh sampai tahap nomad la kot. Nak kata vagabond, idok le jugak. Pasal ada la jugak tempat tinggal 'tetap' :) So, lebih kepada nomad lah pengklasifikasian saya. Hehehe. Ke sama dua2 benda tu? Entoh. Tapi takpe. Janji masih dapat buat PhD dengan separa aman (sebab siapa yang buat PhD habis aman damai, either dia amat2 genius, ataupun mmg dah loose abis skru kat serebelum dan medula oblonggata)

Anywayz, semalam balik bilik, hujan. Yang peliknye, susah pulak nak tidoq. Walhal hujan lah antara pemangkin tidur yang paling efektif di dunia ini insya-Allaah. Jadi, dah takleh nak tidoq lagi, saya pon amik la gambaq tempat tinggal baru saya ni. Kot-kot la ada sapa2 nak tengok. Segala pendapat utk mencantikkan bilik 'bujang' ni, amat saya alu-alu kan :D Okes. Selamaat...



Entrance... bilik saya yang hujung sekali belah kiri tu.

Inilah dia bila pintu dibukak. Masih bersepah sikit sebab belum kemas :)

006 + 1 = 007. Sikit lagi nak sama taraf dengan Pierce Brosnan dan Daniel Craig.

Inilah katil saya. Comforter pilihan isteri terchenta :)

Sebab beg ni nak sangat masuk gambar, jadi saya letak lagi satu gambar katil.

Bilik ni asalnye, untuk 2 orang saya rasa. Tu yg. dapat 2 gerobok tu kot? Alhamdulillaah. Buleh simpan ikan tenggiri kalau hasil memancing baik :D

Ini meja yang depa bagi. Agak baru dan luas. Tapi setakat ni tak guna lagi. Mungkin akan jadik tempat potong2 bawang dan daging kalau kot2 lepas ni nak masak :)

Tingkap dan langsir. Ni langsir yg pihak asrama sediakan.

Kisah benar mengenai belakang pintu seorang jejaka keseorangan...

Sampai 4 soket. Tapi tak boleh bawak masuk barangan elektrik. Maybe 1 utk laptop, 1 utk hand phone, 1 untuk... vape? dan satu lagi untuk... hmmm... anyway. Dilarang bawak masuk barangan letrik :)

Vape wajib. Saya ambik langkah proaktif. Pasang vape time maghrib. Lepas tu pergi lab. Balik bilik Alhamdulillaah, serangga2 perosak dan penghisap darah kurang banyak!

Bilik2 air / shower. Tapi saya tak pernah guna yang kat sini.

Paling kanan shower saja. Yang dua lagi tu ada mangkuk tandas dan shower. Yang paling kiri ada mangkuk tandas duduk :)

Sinki membasuh baju. Tapi ada orang kat sini guna utk basuh periuk lepas memasak. Sampai bawang2 pon dia tinggal kat situ. Lepas ni kalau saya nampak lagi, maka akan saya buangkan sahaja :D Jgn mare wahai pesalah tandas...

Saya guna yang kat sini je. Sebab takde sisa2 makanan dan takde bawang :) Alhamdulillaah, setakat ni, yang belah sini punya sinki area masih belum dicemari 'makhluk2' perosak.

Shower... yang saya tak pernah pakai. Hari tu ada mamat tinggal spenda kat sini... dan saya telah membuangkannya :D Tapi tak pegang la. Pakai benda panjang utk amik :)

This is where I like to shower. Jangan takut, tandas dia tu tak busuk. Lagipon senang... ada tempat nak letak body wash dan gak benda2 lain.

Access point wireless. Alhamdulillaah, sangat laju dan mudah nak dapat connection.

Bahaya itu bermakna ada tiga lintaq panah nak sambaq pungkoq sapa2 yang masuk bilik ni!!!

Hujaaan... Lepas settle amik gambaq... saya pon tidoq. Selamat Malam para pembaca ku yang mulia :D

8 comments:

Sazly Salfarina said...

Ade orang ke dok kat asrama nih. Sunyi je aku tengok. Ambek la gambaq dengan hang punya neighbour. Kene hati2 la, takut nanti ade perampok masuk bilik. Jangan lupe kunci pintu itu ya mate.

Cantk ek asrama nih. Asrama baru kan. Hang jangan lupa baca-baca sebelom tido. Anyway, see you in the Eid Haj mate, InsyaAllah...

Alfian_Troxion said...

ko balik Eidul Adha? Insya-Allaah aku kat KL japs. Buleh la men tenis. kekekekeke.

Baca2 macam biasa la. Kalau rajin, sebelum tido 3 Qul dan gak Qursi seround.

As for baca2 lain... ada ke ek? Maksud aku baca masuk rumah/bilik/tempat tinggal baru? Lupa nak tanya sheikh2...

Anywayz.. pompuan tak masuk. Tapi kat pintu masuk asrama ada tulis "Lelaki Tidak Dibenarkan Masuk". Tempat ni x asrama awek aku rasa. hehehe

:: azrul hazri jantan :: said...

amik gambar time waktu malam + hujan? huhu.. berani ko mat?...dah lah asrama ko nie sunyi semacam.. hehe, aku cuba gak perhatikan dlm beberapa gambar yg melibatkan imej tingkap.. kot-kot la ada yg "ter"masuk dalam gambar ko amik nie mat.. hua3.. sib baik takda apa, hua3.. kalau ada aa, daftar restu balik aa mat.. haha.. kui3.. anyway, selamat berbilik baru ;)

Sazly Salfarina said...

bukan pompuan la mate, perampok @ perompak. Jangan jadi cam budak UiTM tuh. Laptop masuk bilik pon kasik kuncik dlm loker.

Ye ke sunyi asrama tu. Kalau aku la, dah lama aku gantung ayat kursi ke kat dinding tu.

Agak-agak mu la, kenapa agaknya dulu asrama pompuan, pastu tukar jadi asrama lelaki? Cube tanye pakcik jaga, penah tak ade kejadian histeria kat situ dulu. Jaga-jaga mate, jangan kencing merata. kui kui kui...

sumpit said...

think the correct spelling is vagabond la... unless, ko sengaja nak jd cam suzanne vega ke, tatau la kan.

bilik ko nampak cantek n bersih n baru laaaa... tp betol aaa, nampak sunyiiii nye. but then again, kalu tgk tmpat aku pon sunyi gak, siap lampu automatic off sendiri, awal2 tu aku takot gak, tp rupa-rupanya tu sbb power-saving... duh...

Alfian_Troxion said...

AHJ: Aku pon terpikir gak, kot2 la tersnap gambar2 felik atau hantu atau makhluk jin dan sebagainya. Sebab lepas snap tu pon aku terus usha. hehehehe. tapi kot2 la, kalau aku boh dalam matlab, lepas tu apply filter sana sini... terkeluar gambar2 felk ber frekuensi tinggi? hehehehe

Sazly: Hahaha... aku memang harap tak ada benda² felik masuk. Tapi gantung ayat tu... aku rasa aku tak buat kot. Sebab kalau nak ikut, jadik sama macam kes ikan puyu :) pulak kanggg. Utk further explanation, buleh refer kat scholars (Islamic scholars that is).

Weh.. Perampok ek? Hahahahaha! camne laaa aku leh terbaca pompuan. Ish... bahaya ni...

Nor-ET: Correction made (even tho aku tak refer kat dictionary.com... sebab aku purcaya 235% pada kau wahai ET). Vagabond... Reminds me of Elton John's Lion King song....
"It's enough... for Kings and Vagabonds.. to leave their very besssttt" - again, I am not sure also whether the lyrics are correct :D

landen said...

cun siot...sume nampak baru jek

Alfian_Troxion said...

Lan den... itu bilik mmg aku yg first masuk :) so sebab tu nampak dara lagik semua benda. tapi silap2 kang lepas aku dah keluar... abish semua dah kopak. hehehehe. tapi takpe. akan kujaga insya-Allaah. Mari la melawat wahai Azlan Deniel Abdullah Karim (which is his full name up to the grand pa by the way)

Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by