Takde Kerja Lain Dah Ke? - Ada, tapi dah kena bond, takleh nak lari dah :|
Topik post pada kali ini sebenarnya tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Hanya topik buta semata-mata. Namun!
Tadi saya jumpa supervisor saya, Assoc. Prof. Dr. Mandava Rajeswari. Cerita pasal plan PhD. Based on apa yang dia kata, macam ok je hala tuju saya ni. Harap2 begitu lah :) Harap2 tiada apa yang dia simpan dari saya... sebab kalau ada, kang susah pulak. Tapi memang tak ada apa2 yang beliau simpan, semua sudah diberitahu, dan insya-Allaah boleh teruskan dengan plan saya utk mengkaji permainan bola sepak Barclay's Premiere League. Hohoho!!! (Ini bukan gelak Santa Claus ya...)
Anyway, berbalik kepada topik post. "Takde Kerja Lain Dah Ke? - Ada, tapi dah kena bond, takleh nak lari dah :|". Mungkin boleh saya kaitan dengan hobi baru saya. Actually side-hobi je. Pasal tak la saya minat gila babeng. Cuma kalau dah takde benda nak buat, saya pun buat la benda ni. Dan ianya tak lain dan tak bukan... MEMANCING!
(By The Way, kalau nak tengok post yang best sikit mengenai memancing, blog Encik Azrul Hazri ada cerita pasal pertandingan memancing di Byram)
Seperti biasa, geng UPM yang telah menguasai arena pancingan Nibong Tebal kembali ke medan pertarungan. Kali ni, kami port di satu tempat terpencil Sungai Kerian. Dekat2 dengan ampangan terkenal di kawasan ini iaitu Ampang Jajar. Plan asal ialah utk cuba memancing patin. Umpan yang kami gunakan ialah Roti Gardenia, yang insya-Allaah enaknya dimakan begitu sajaaaa. Ini semua berdasarkan tips dari Ah Peng, taukey kedai ikan Parit Buntar :)
Ampang Jajar
Effect Sepia
Bot Otai Pemancing Yang Lalu
Nak cerita panjang macam malas pulak. Lagipun ntah2 pembaca2 dah bosan dengan entry2 yang panjang berelung. Hehehehe. Jadi kali ni, saya cerita pendek2 saja lah ye, dan letak gambar saja yang banyak.
Plan nak tangkap patin memang tak kesampaian. Saya rasa sebab:
- Rig utk rod tak sesuai. Pelampung kecik sangat, oleh itu batu pun tak boleh nak berat. Oleh yang demikian, nak baling jauh2 ke tengah sungai pun tak boleh.
- Patin tak mahu makan roti?
- Patin memang tak ada di tempat kami memancing. Hmmmmmm... Ni mungkin lah kot :P
Oleh itu, kami pun play safe lah. Oleh kerana tidak mahu pulang dengan tangan kosong, rig2 rod utk udang pun kami campak :) Kot2 patin tak mengigit (which they didn't!), at least udang atau ikan duri makan :) Dapat jugak rasa berlawan, dan pulang dengan hasil (kalau cukup besar la).
Last sekali, selepas dah lama menunggu, dan selepas dah pasrah yang patin takkan makan... hasil kami pun naik satu persatu. JUARA pada kali ini merupakan En Khalil. Beliau berjaya menangkap 1 ekor Baung, 2 ekor Duri, dan seekor Udang Remaja... di mana kesemuanya terpaksa dilepaskan balik kerana saiz terlalu halus :P
Tempat kedua... kalau nak diikutkan saya la kot. Saya berjaya menaikkan 2 ekor Duri! Pun dilepaskan sebab halus halus.
En Azrul berjaya menaikkan seekor udang galah betina yang agak sederhana besar. Dan agak cun kalau kita tengok dekat2 :) Yang ni dibawa pulang kerana rasa2 macam boleh dimakan :)
Jadi, itulah kisah pancingan kami. Memang dah takde kerja lain, memancciiinnnggg aje. Heheheheh. Jangan mare. Tapi tak ada lah selalu. Kadang2 je. Macam lagu tu....
Kadang kala kencang, ia memberanggg... kadang kala dingggiinnn, itulaah anginnnnn
Mancing mancing jugak... PhD jalan jugak insya-Allaah....
Tq for reading :) Assalaam aleykom WBT dan Selamat Sejahtera.
Ok... tengok gambar2 iya :D
Saya yang Tersonyum
Azrul Hazri Jantan memacak pancing2
Khalil vs Baung
Khalil dapat Baung
Khalil dengan Udang Belum Mummayiz
Khalil dengan Duri
Azrul dapat Udang Remaja Juvenil
Alpyan dan si Duri
Dah nak Balik :)
Ok... ni gambar nostalgia. di ambil dari blog Azlan Deniel. SLIT FC FOREVAH! (1998 SLIT FC vs ENGINEERING, which we won 7-1 kot?)
3 comments:
betul tu alpyan ismet segaraga...
dlm buat PhD.. kite bersosial jugak.. hang dgn hang nye mancing... aku???? dengan wii dan tramping & pool & gitar & bermcm2 lagi yg mampu menjeleskan hang hihi.. oo x lupe jugak menulis tehehe
tp bak kate geoff... mende2 ni sume same ade bley memajukan atau melarikan fokus.. BUT he's living-proof to see yg approach diye skang ni telah berjaya menghasilkan graduates yg x prnh fail dan plg berjaya so far di Dept CS.. hrp2 aku pun bley excel spt yg diclaim itu..
so alpyan... ape lg... sv hang dah kasi green lite.. pecut aaaaa tp jgn lupe break utk bernafas ;)
p/s: apsal jersi bola tu mcm banduan jek :D tingat pakaian lex luthor dlm Superman the Movie.. lebey kurang jek hihi.. jgn mare..
mancing oo mancing..
buat PhD plak sampai lebam.. huhuhuhu..
Hehehehe. mari mari kita berPHD!
Post a Comment