Search The Web With Google

Custom Search
   




Alfian on Facebook | Create Your Badge

Kursus PDT001 - Pacing Di Tuas for Beginners (by Beginners :P)

(Entry ni nampak saja panjang... Tapi sebenarnya banyak gambar je lebih. Tu sebab scroll-bar kat sebelah tu nampak cenonet je :P So, jgn risau ye para pembaca yg budiman/budiwoman)

OKES! It's (going to be) fishing time again, insya-Allaah!!! And as usual, lesen daripada Ma'am Nor Shazwan dan Miss Nadiah Farhanah dah dapat :D Biasa laa... orang dah kawin n ada anak :) Kena apply 'lesen-memancing' in advance!!!

Oleh kerana saya pun rasa macam syok je nak g mancing ni (insya-Allaah), meh saya kongsi sikit ilmu menyediakan rig ataupun set utk pergi memancing ikan Tenggiri... yeous, it's Mackerel time!!! (Walaupun ada kebarangkalian dapat ikan2 lain seperti haruan tasik dan Marlin).

Ok... kat bawah ni ada DUA gambar set mata-kail yang sudah saya siapkan. Yang ada batu ladung tu ialah utk umpan mati... yang pendek sikit sebelah dia tu yang jenis utk letak umpan hidup. Hari ini saya kepingin utk menceritakan bagimana saya menyediakan yang untuk umpan mati... sebab kalau dah tau buat yang tu, utk umpan hidup pun insya-Allaah beres... :)


Mari kita mula meng-eksplen ya :)

OH! Btw... saya ni sebenarnya beginner gak dalam dunia pancingan ni, jadi banyak terms dan jargons yang sesat-barat... saya banyak main hantam tulis je. Oleh yg demikian, kepada pemancing2 yg sudah berpenglaman, saya mintak maap in advance ya. Harap2 buleh perbetulkan apa2 yg salah. Hehehehe.

Ramuan-ramuan yang diperulkan...

1) Leader Wire Set - Ini tali besi campur tali pancing. Macam mana dia orang campur saya tak tau. As a matter of fact, campur ke tak pon saya tak tau. Yang saya tau, dia mmg ada elemen besi :) Oleh yang demikian, benda ni mmg sesuai utk dijadikan 'TALI' bagi set mata-kail utk menaikkan tenggiri. Set dia patut ada WIRE, dan jugak beberapa logam peng-KLIP kecik tu.

2) Batu Ladung - Ok... saya tak tau dia saiz apa :) Jadi saya comparekan dengan bateri AA. You all buleh budget la kand besar mana ye dok :)

3) Manik!!! - Saya guna manik yang kekecik. Ini wife saya yang belikan khas utk tujuan membuat set mata kail tenggiri. Sayaaang bini aku!!! Muuuaashh!!!! Hehehehehe. Ada jugak orang guna yg macam batu tasbih tu ha! Ikut suka hati la kot, sebab kawan saya kata, benda ni buleh digunakan utk membuatkan set mata kail kita tu lagi disukai dek ikan! Insya-Allaah.

4) Propellar/Spinner - Rasa2nya ini la kot nama dia. Sebenarnya, dalam gambar ni, spinner2 ni dah dibukak dari wrapnye. Sepatutnya ada satu besi kecik yg go thru the spinner... macam tulang belakang dia. Namun, utk kengunaan design set saya ni, tulang belakang tu takyah pakai. Jadik saya dah buang. TAPI! Manik2 'emas' saya tak buang, sebab nak guna utk mencantikkan set :)


5) Mata Kail (saiz 11) - Haaaa... kenapa kena ada 3? Sebab nanti, kita akan cangkukkan satu kail pada EKOR umpan, satu kail pada BADAN umpan dan satu lagi kail di bahagian MULUT umpan. Itu pasal tiga. And umpan selalunya ikan kembong borek! :D

Okes... ramuan2 dah setel. Sekarang saya akan pergi ke step2nya :)

Cara-caranya ialah:

1) Ikatkan mata kail (satu per satu) pada leader wire. Buatlah sampai jadi macam dalam gambar ni ha. Ikatan jenis apa saya pakai? Haaaa... Ntah le. Saya main hantam kromo je. Yang saya tahu, saya masukkan satu hujug tali dalam lubang kail, kemudian yang bahagian badan leader tu saya gulung2 kan kat mata kail... dan setersunya saya masukkan hujung leader wide satu lagi ke dalam lubang mata kail tu balik... teruskan sampai 3 mata kail :)

2) Letak sedikit manik utk hiasan (biasa la, hiasan2 ni kan ke utk menarik perhatian?)

3) Letakkan batu ladung... dan beberapa bijik manik lagi :) Utk set ni, I am going crazy with de maniks. Hehehehe. Harap2 tak le lari ikan...

4) Masukkan satu manik 'emas' dari set asal propellar/spinner terlebih dahulu... Kemudian masukkan propellar/spinner. Make sure ianya dalam keadaan boleh berpusing macam helikopter... Lepas tu, masukkan manik 'emas' dari set asal propellar/spinner supaya ghupa cam dalam gambar kat bawah ni. Sebab saya dok gila manik masa ni, saya masukkan sampai ntah berapa... Hehehehe. Kalau ikut sifu saya, letak dalam 5-6 manik je. Saya letak dah sampai 10 (or lebih?) kot?!!!

5) Okes... nama besi kecik ni saya tak tau apa... tapi MAKE SURE masukkan dulu. Sebab nanti ianya akan digunakan utk meng-KLIP kan leader wire supaya tidak tercabut!!!

6) Bulatkan leader wire... so that ianya boleh dimuatkan kelak, ke dalam swivel pada rod memancing. Swivel tu apa? Hehehehe... cuba nengok kat Google! :D

7) Ketatkan!!! KLIP kasik penyek itu besi peng-KLIP! Insya-Allaah, buat la dalam 2-3 penyek-an. Wire leader tidak akan terburai dengan izin Allaah :)

DAH! Settle! Alhamdulillaah!!! Kira ok gak rupanya ye dok? Design ni saya belajar dari En. Azrul Hazri bin Jantan... dan beliau pulak belajar dari taukeh kedai pancing... En Ah Peng bin Jaapar (kidding bout the bin Jaapar part).

Yang ni pulak, set yang kedai pancing (TCE... lagi satu punya... bukan Ah Peng) jual! Dia orang kata yang ni TOP! NUMBER 1!!! Ntah le... saya pun tak pernah pakai.

Tapi kan, kalau dok sebelah2 macam kat gambar bawah ni... yang mana satu korang beli? Kekekekekekeke...

Anywayz... syok jugak buat set mata kail Tenggiri ni kalau dah reti. Sehingga sekarang... saya dah buat a few :) Dan oleh kerana saya bukanlah "kaki" pancing... maka saya sempat la buat sendiri punya. Selalunya, orang kata la... kaki2 pancing Tenggiri ni suka beli je set kail dia orang. Annnywayz.... Yang bawah ni ialah hampir kesemua set kail Tenggiri yang saya ada :) Ada a-couple yg dah tak ada... gi mana ntah? Misplaced kot?

Bawah ni pulak, teknik yang En. Khalil bin Zubir ajar :)
(Satu cara utk menyimpan set dengan selamat)

Oleh kerna trip adalah pada hari Isnin ni (insya-Allaah 14 January 2008), maka saya masukkan lah set2 ke dalam tackle box saya. Box kena cuba kemaskan sedaya mungkin... sebab nanti nak carik barang insya-Allaah senang.


As for peralatan "wajib" lain... ok. ROD + MACHINE :D

Ini ialah rod X-PUYU (local brand) yang akan saya gunakan. Tak mahai pon, dalam RM40-50 je. Member2 lain beli yang lagik branded, macam En. Khalil... dia bantai ABU GARCIA!!! Tu dah kira macam brand NIKE dalam dunia pancing :P



Dan kat bawah dia pulak, gambar 'machine' OKUMA milik sepupu saya yg baru masuk uni. TQ Syamir Hayan kerna kasik aku rembat kau nye machine... Hehehehehe... Okuma ni orang kata mmg branded... tapi saya pon tak tau harga dia berapa. Mahal gak la kot? :D

Saya mmg rasa agak seronot nak g 2nd trip ni. Looking forward gak la nak lawan mabok laut yg telah menjinakkan saya dalam trip sebelum ni. Harap2 tak muntah2 lagi... Hehehehe... LAWAN ALPYAN!!! LAWAN!!! Looking forward gak nak jumpa korum2 yang pergi gak trip dulu... mereka2 ialah (insya-Allaah):

1) SIFU Mukhir
2) Azrul Hazril Jantan
3) Khalil
4) Akhmal
5) Pak Anjang Akhmal - tak g trip dulu, tapi dah otai dalam dunia mancing
6) (Alpyan)
7) Pak Alim? (Awak2)
8) Pak Chot? (Tekong!)


Baiklah :D


Wahai rakan2 saudara2 pembaca... sudi2lah doakan keselamat kami semua ek? Plus doakan gak naik banyaak sket tenggiri... nanti baru la trip berbaloi (RM80 sorang gitu). Dan kot2 ada rozqi, sapa yang ada mai dekat2 area Nibong Tebal... buleeh saya kasik tenggiri fresh dari laut, yang isinya manis bak Cloud-9!!! :D

Okes... Moga2 semua goes well, insya-Allaah.

Penantian untuk bertarungggg...
(Set dalam state Standby... kat satu penjuru rumah Nib Tebal)

8 comments:

ferouxe said...

Salam Alpian,

woot best giler ko kat sana yeee
ko amek phd dlm bidang memancing ke??

Ahmad Azal Afarok
www.binausahawan.com
#tiada yang mustahil#

Ahmad Javanese said...

hahahah! kalau buleh, ndak gak. 2 bulan dah dapat Dr :P

Japs... nengok2 balik... panjang gak entry ni walaupun xde gambar. HAHAHAHA! Again... jgn mare wahai para pembaca :D

Nabil said...

Letak la gamba byk2...aku bukan minat mancing...entry ni aku baca tgk gamba jek baru la phm :D

dLyn aZmi said...

uits alpyan mata kail..
lain kali record letak kat youtube aa kalau mau kasi pendek hahahahahha

bile lg nak promote novel aku kat blog hang ni hihi

Jawa Troxion 2 said...

hahahaha! okes okes. akan aku promo insya-Allaaah :)

nursha21 said...

kail tu cantik kalau buat gelang..siap manik lagi..

Ahmad Javanese said...

manik nak tarik perhatian ikan :) tapi kalau dah tertarik perhatian awek nak buat gelang... nak wek camnooo... hehehehehe...

takpe, nanti kalau awak pesan satu gelang kalu, saya buatkan. RM400 je satu :) Manik2 disediakan dan mata2 kail dibuang.... tapi kalau awak nak letak pon takpe :i

tone wow said...

Nak tangkap ikan bukan senang kena pergi sekolah juga kan..he..he..good info tq
Http://farizgolddollar.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by