Search The Web With Google

Custom Search
   



Alfian on Facebook | Create Your Badge

Ayam Masak Halia TROXION 2008

Assalaam aleykom WBT dan Salam Sejahtera

Hari tu, saya menggatal ndak masak menggantikan tempat bini yang (yg mmg pada saya, terel sangat masak). Ingat mau kasik dia rilek sekejap, dan saya pulak yang testing masak :)

Oleh yang demikian, saya pon membuat keputusan utk memasak satu dish berkonsepkan ayam, dan juga halia. Nak buat ayam masak kicap, macam selalu sangat dah makan... n lagi satu, kicap rasanya akan sama walaupun anda di Kampuchea, New Zealand ataupun di kampun g halaman Bagan Datoh :)

Okes... mari kita mula. Saya kasik nama dish ni Ayam Halia TROXION 2008. Sebab2 dia obvious la kan... ayam masak halia... plus buat tahun 2008 oleh Alfian Abdul Halin yang suka letak nama sendiri sebagai Troxion. Spesis hewan apa 'troxion' tu pon saya tak tau. Saja suka guna nama tu pasal dulu2 zaman MiRC pakai nick 'trOXIon' :D


OK!!! Meh saya cerita ramuan2 dia terlebih dahulu:
  1. Potong halus2 atau kecik2 bawang putih dan bawang merah.
  2. Ambik halia sebesar dalam gambar kat bawah ni... dan potong halus2 atau kecik2 jugak.
  3. Dari dalam peti ais anda, ambil sebijik cabai hidop! Ataupun nama lain, cili merah (kot?). Kasik potong2 jugak sebagaimana orang selalu potong cabai (mericih ek orang panggil...)
  4. Dapatkan kacang buncis! Saya hari tu dapatkan dari pasaraya ECONSAVE! Potong kecik2. Kalau nak besar2 pun suka hati la... anda yang akan makan nanti.
  5. Gunakan bahagian Dada Ayam, tapi yang ada tulang lembut tu. Nama dia kat pasaran ialah Chicken Keel. Saya suka guna keel dari full chicken breast pasal... for one thing, dia lagik murah. Lagi satu reason ialah sebab dia ada tulang lembut tu. Jadik bila kita makan tu, takde la kunyah daging ayam aje. Ada variety sket dalam proses pengkunyahan :) OH! Dan ayam ni akan dipotong2... saiz potongan... hmmm... yang macam saiz kat kedai2 makan tu la kot :)
  6. Untuk menambah perisa, gunakan sedikit Sos Tiram, dan juga Kicap Manis cap Kipas Udang.
  7. Pergi ke TESCO, dan beli satu botol besar Minyak Zaitun yang EXTRA DARA!!! Kalau setakat dara biasa je, tak buleh... we must go for the extra of all the virgins!!!! :D
Okes....

Utk penyediaan pulak:

  1. Gaulkan ayam bersama lada hitam, lada putih dan garam.
  2. Masukkan dalam 2-3 sudu besar olive oil ke dalam a pre-heated kuali. Saya pakai kuali non-stick supaya senang nak memasak dan senang nak mencuci.
  3. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan halia :) Kasik la tumis sampai puas hati. Kalau anda jenis yang kejam, maka kesemua ramuan tumisan akan anda tumis sehingga 3-suku hangus :) Namun, lebih baik tidak bersifat kejam, kerana ianya akan memudharatkan makanan anda.
  4. Lepas dah tumis tu, masukkan pula sedikit Sos Tiram, dan kicap kalau nak :) Kuantiti bergantung kepada lidah si pemakan :) Kalau suka rasa tiram artificial, maka masukkan la 2-3 sudu kecik ke :) Tapi saya letak sikit je, sebab kadang2 rasa tiram tiruan ni jadik macam pelik sket kalau banyak2. Kacau-kacau dalam 1.5- 2 minit.
  5. Masukkan pulak ayam tadi... kacau sampai rasa2 macam dah 3-suku masak.
  6. Humbankan baki2 ramuan (cabai hidup dan kacang buncis). Kacau sampai rasa2 dah masak. Kalau perasaan anda salah, maka makanan anda akan 1/4 mentah :)
  7. Saya rasa... saya ada letak ayor sket kot :) Letak la ayor jarang kalau rasa2 nak letak ayor jarang. Kalu tak nak letak ayor, takut2 kering sangat pulak lauk ni karang.
  8. LAST SEKALI!!! Letakkan dalam pinggan dan makan la sampai SEBELUM kenyaaaang. Ikut cakap Nabi aaa... dia kata makan sebelum lapar, berenti sebelum kenyang? :)
Haaa... saya punya hasil macam gini rupa dia.

Tapi seperti biasa, blurred sket pasal pakai henpon yang takdek image stabilization... dan jugak kerana faktor pencahayaan tak berapa nak baguih :)
Okes... pada yang berani... buleh cuba ini resepi. Bini n anak makan ok je... takde pon kena food poisoning.

Oraitey. Mari kita berPhD kembali.

7 comments:

MDH said...

Cayo ler trOXIon....tak sangka pandai juga ko masak ye...., kalau aku harap si Lia jer masak, nak masak yang gerenti tak tahu...kalau takat nak masak telur goreng and megi aku otai ler (makanan wajib time undergraduate)hehehehehhe.... Nampak bukan main sedap lagi dalam gambar....terliur aku, time raya tahun ni aku nak datang g kampung ko, ko masak pula untuk tetamu ko nanti hehehehehe.....

Jawa Troxion 2 said...

hahahaha! Aku mana terel masak. kadang2, kau nasib baik (macam dalam gambar tu), jadik la macam sedap (rupa aje). TApi selalu aku masak tak jadik sangat. Hhehehehehe.

Masih belum otai campur2 ingridients lagi. Kena lajar sama Jamie Oliver dan gak Jamie Redknapp :)

nor said...

hehehe...bagusnye nko wahai alpian bin jaafar... nampaknye rate2 yg pegi buat PhD nie, blaja masak sekali yeh....pakej ke?...dlyn pon same...kekekeke

Alfian_Troxion said...

Actually masak2 ni aku lajar masa buat masters dulu. Duduk rumah ngan 2 orang lagik tutor, dan gak elaun yang amat2 limited (tapi alhamdulillaaah ada elaun) di Ozitralia akan memaksa kita memasak :) Pasal kalau mau makan diluar... mmg tak mampu (1 meal dalam AUD7-AUD9)

Tapi walu bagey mana pon, masih lom terel pasal tak memasak hari hari :D tapi setakat nak makan kasik tak lapar tu ok la kot aku rasa. hehehehe :D

Dlyn mmg pakar masak tuuuu... nanti silap2 dia bukak kedai bergedil kat New Zealand. Bergedil Ikan Puyu Dlyn Azmi n Wii Shop for Applied Games Research :P

dLyn aZmi said...

hehehehe betul kata alpyan troxion ayam halia itu wahai nor zombi kampung pisang... dok kat negara org dengan exchange rate 2.6 ni akan memaksa kite mengimprovekan skil masakan.. drpd mls ari2 akan masuk dapur n masak dlm erti kate yg sebenar hehehehe dan aku nye konsep lak alpyan.. alang2 masak kena masak smpi jd.. aku x bley masak takat ilang lapar jek.. nanti sampai thn dpn aku dok ingat jek mende tu :D

:: azrul hazri jantan :: said...

mamat..
"makan bila lapar, berenti sebelum kenyang" daa.. hehe.. ;)

p/s: apa kata kita beli restoran seri ilmu.. buat bisnes kecil-kecilan :) ko pun dah banyak koleksi resepi nie.. muahahaha..

Jawa Troxion 2 said...

Dlyn:
Aku dah try sebenonye Lyn nak kasik sedap. tapi tak kesampaian kesedapannya. Hehehehe. Tapi takpe, lepas ni cuba lagi :D

AHJ:
Aramaakkk

Betul la maat

aku tersilap teknik

hehehehehe. Makan sesudah lapaar... berhenti sebelum kenyang :D

Tapi kan... elok gak makan sebelum lapar bebetul :) Kira kalau lapar sket, makan... n stop sebelum kenyang. Tu cara Body For Life :P
Anywayz... tq for da correction. Beli restoren Sri Ilmu? Hua hua hua!!! ok ok. aku rasa kita takyah beli. Macam dah tutup aje? Tak bukak pon lately ni (ke aku balik rumah lambat sangat sampai tak pernah nampak dia bukak?)

Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by