Search The Web With Google

Custom Search
   



Alfian on Facebook | Create Your Badge

Pesanan Pak Cik Berjanggut Educated

Ni email saya dapat dari kakak sepupu saya. Ada Pak Cik berjubah putih berjanggut putih lagi dalam cerita ni. Haaaaa.... Kalau dah berjanggut putih... berjubah putih tu.... Haaaaaa......

Simple... yet makes great sense. So, utk kita2 yang rasa ilmu agama tak berapa nak power sampai ke tahap wali ataupun pon at least imam... berpegang kepada pesanan2 ni pon dah kira ok saya rasa :) .... ni pandangan saya la tapi :) Okes... selamat ber-reading ek....

==============

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang,
ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pak cik.
(Mintak tunjuk jalan betul is part ni kalau tak silap:
Ih di nassi raa thol musta qeem ... waladdhaaaaaaalllinnnn)

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar '
untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya
kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal. Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.


==============

Gambar bawah ni takde kaitan ngan post atas. Tapi since takde gambar pak cik berjanggut dan berjubah putih tu, maka saya letak la gambar apa apa. Ini gambar bebola2 ala bergedil tenggiri yang saya testing buat. Kalau nak resipi... buleh, tapi rasa2 macam dah tak ingat! Sebab masa buat main hantam kromo. Tapi yang confirm, memang ada Ikan Tenggiri :)



10 comments:

EyesOfNabil said...

Ape pasal bergedel ko kaler putih? macam jemput2 lak ^_^

Tapi apsal masak 4 je? mana cukup weih nak ajak aku makan same.

:: azrul hazri jantan :: said...

-mamat-
best jugak cite ko nie..ala ala tema riwayat al-futahal makkiyah yang aku cite..hehe..cite memang lain tapi yang penting timbul kesedaran...hohoho...

-nabil-
begedil kale putih sebab itu isi ikan tenggiri daaa...kalo nak merasa meh la datang sini naik bot sama sama kami..hahaha.. ;)

EyesOfNabil said...

kalo bergedil ayam apsal tak kaler putih? :D

aku takleh makanan ikan tenggiri la...ikan lain bole ^_^ ikan tenggiri dr tak bg mkn.

Alfian_Troxion said...

AHJ: Tema Riwayat al-futahal makkiyah tu apa daa maaat... nampak sangat aku ni ada unsur jahilliyah sket2. hehehehe. takpe takpe. Ilmu baru :)

Mat Nabil: Haaa... dia kaler putih sebab... sebab... ntoh. flash terang kot? Tapi kaler dia memang terang sket :) Maybe macam Azrul kata, sebab pakai Ikan Tenggiri. Aku letak 'hancuran' ikan tenggiri, garam, pepper, daun kari + pudina... lepas tu gumpal sampai there is no tomorrow. Oh... tepong gandum sket :) Kasik melekat. Maybe tepung tu kasik putih kot? Ntoh... I no cook. Jamie oliber cook :) Me watch n try to cook. but no cook still. hmmmm... Ollie want to have lunch now.

:: azrul hazri jantan :: said...

Mamat.. lepas nie buat aa plak begedil ikan PATIN.. hahahaha.. bagi le aku rasa 3-4 bijik.. hehehehe.. =)

Alfian_Troxion said...

Bergedil ikan patin? Buleh ke? Aku tengok isi dia pon, macam x kondifen nak buat bergedil. Hehehe. Aku budget nak soh bini aku test buat masak lemak cili api :) Aku dah potong semalam... banyak gilos darah... memancut!!!!! sebab fresh dari menghembuskan nafas terakhir kot :P hehehehe... anywayz.. nanti dah masak, kalau aku ingat (hehehe) aku sound :D Cheerios!

dLyn aZmi said...

ooo hang wat begedil x gune ubi kentang eh? patut la kaler putih.. if gaul ngan ubi kentang + telur nanti akan dapat la warna keemasan tu.. hmm bile aku nak begedil daging ni?

Alfian_Troxion said...

ooo. a ah ek. lupa plak letak ubi kentang :) Hehehe. TQ Lyn for the tip. Nant insya-Allaah aku testing buat letak kentang atau ubi2 yang sewaktu dengannya :)

Kau nak buat bergedil daging? Haaa... kat sana aku rasa kan... ke halal-an daging lebih terjamin dari sini :( Sebab pada firasat aku la... Mohd2 dan Minah2 Salleh ni, lebih etika dalam melakukan kerja... dan takde cincai cincai dan boncai loncai si luncai labu sayung. Oleh yg demkian, nak dapat chop halaal dia orang tu... mmg perlukan effort n buleh dipercayai... pasal orang yg buat kerja tu pon mmg beretika dan buleh dipercayai ye dok :)
Kat mesia ni, aku takut gak nak beli ayam kat Carefour ke, Econsave ke, TESCO ke.... sebab tokey besar pon non muslim... n sometimes you can just go around da system utk cepatkan proses, ataupun utk elakkan unwanted costs :( In the end... da Muzlims eat makanan haraaam jadah abraham lincon! :(

Camne aku leh citer pasal halaal haraam plak ni. Ish...

:D

dLyn aZmi said...

betul betul..
if hang gi tgk kat website daging kat nz ni..
depa ade mention psl daging halal..
ape yg dimaksudkan ngan halal... mcm mane proses daging halal ni sume..
kagum aku beb..
diorg very particular...
xde nak campur mende2 haram tu..
ingredients pun mmg jujur sejujur2nye....

Jawa Troxion 2 said...

tule pasal. Negara kapir kuraish lagik jujur. Hehehehe.

tapi tu la, aku rasa kejujuran semua ni berasal dari konsep etika... dan konsep tak cincai.

kita kat sini, mostly cincai2 one... plus etika kurang diutamakan. sebab sapa yang beretika, akan dianggap terlalu skema :( sapa skema = kurang cool. oleh yg demikian, kalau nak jadik cool, kena la kurang beretika. Hua hua hua! (Cth: Macam buang sampah keluar dari kereta) :P

apa aku repek ni

okes. selamat raya aji!

Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by