Search The Web With Google

Custom Search
   




Alfian on Facebook | Create Your Badge

Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet - Apa sudah jadi? Daging KERAS!!! Kambing tua ka? Saya terpaksa komplen

Beberapa hari lepas, saya dan seorang rakan telah sekali lagi mengunjungi Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet. Target biasa kami ialah, of course, Nasi Beriani (ke beriyani?) Paha Kambing. Sebab apa, kami rasa dish tu saja yang berbaloi nak makan jika dibandingkan dengan tanda harganya (RM17/pack). Anywayz...

Saya agak pelik, kerana pengalaman kami kebelakangan ini agak membimbangkan dan kurang baik. Lazimnya, kambing yang kami jamah akan mempunyai tesktur yang amaat lembut, dan memang kalau dicubit, terus lekang dari tulang. From my last 2-visits, apa yang sama alami adalah amat amat felik. Pada lawatan pertama... daging kambingnya sudah mula rasa sedikit keras, namun masih buleh dicubit (kute kata orang utara)... dan hanya beberapa kali sahaja saya perlu mengangkat dan menggigit ala-ala makan chicken drumstick. Namun, latest visit saya beberapa hari lepas... daging kambingnya memang TAK MASAK LANGSUNG!!! Serious, masih ada darah. Portion dia mmg besar gedabak la, tapi memang tak masak. Lantas saya memanggil kembali waiter dan suruh tukar lah... kot2 tersilap masak (still psitive ni... :P)... Lepas datang balik... darah dah takde... tapi maak ai... keras ya'aamat. Memang kena gigit! Gigit pun tak lut!

Yang memelikkan ialah... JALAN JALAN CARI MAKAN baruuu saja selesai membuat liputan mengenai Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet ni. Siap ada chalkboard tulis - The best food in Penang lagi - kat kaunter bayaran dia. Kalau keadaan berterusan macam ni, memang saya sendiri akan saranakan JALAN JALAN CARI MAKAN utk merampas kembali chalkboard berkenaan.

Namun, saya memang berharap Puncak Mutiara Cafe akan dapat memulihkan kembali keadaan ini. Ini kerana saya memang amat2 menggemari  nasi beriani paha kambing yang pihak tuan/puan masak. Saya tanya cashier... sama ada tukang masak dah tukar ke? Dia kata tak... Jadi, teori saya ialah... mungkin Puncak Mutiara Cafe berada di dalam proses 'stock clearance'... di mana pada ketika ini, hanya kambing2 tua digunakan. Tu pasal keras macam batu bata kot? Anywayz... walau apa pon sebab musababnya, harap2 pihak tuan akan dapat memperbetulkan kembali keadaan supaya pulang ke asal (macam nama hikmat dalam komik alih bahasa cina la pulak :P).... Sebab saya mmg hari tu look forward laa nak kasik tau member2 dan family (kot2 ada yg datang)... dan kalau depa mai, ada la tempat best dan dish yg best mau kasi makan.

Oraits... harap2 management dari Puncak Mutiara Cafe ada laa yg terbaca benda ni :) Dan satarusssnya, mengambil tindakan yg sewajarnya. Assalaam aleykom WBT.   

6 comments:

eddie said...

alamak, jgn la plak....
aku tak semapt pi makan sana lagiiii

Ahmad Javanese said...

takpe. insyaAllaah aku akan tengok perkembangan dia orang :) hehehe. tapi mahal gak la nak tengok perkembangan dia, as one dish is RM tujuh belas... apa kata kau fund aku mamat Eddie. hehehehehe. weh! Semalam ko masuk mimpi aku... aku jumpa kau kat kedai cendol apek mana ntah.... siap cendol dia leh campur ikan bilis lagi. hehehe

Unknown said...

siasatan dah dilakukan, nampaknye keadaan telah kembali normal,daging boleh dicubit tanpa menggunakan tenaga yang tinggi dan boleh dikunyah dengan mudah, namun pemerhatian berterusan perlu dilakukan memandangkan semasa siasatan dijalankan kedai baru bukak, ihihihihi

Ahmad Javanese said...

terima kasih special agent Rash :D nanti akan di test lagi dengan harapan yg rendah (tak nak kasik high expectation sangat pasal takut dapat daging keras kedekiang bak kata orang kedah :P ) hehehe....

siasatan akan diteruskan :) hehehe

cek chun said...

laa.. biasa tengok la tuan tanah ni.. kat mana ehh..

anyway, kambink kembali lembut semula. tapi stil tak menepati citarasa beta.
so dry.

Ahmad Javanese said...

ya. kambing dah lembut balik dah :) alhamdulillaah.

saya baru je balik dari buat phd kat school of comp sciences USM... kot2 jumpa kat situ?

Related Posts with Thumbnails

Thanks for dropping by